1. bising dan kelam-kabut (berkenaan (dengan) keadaan di sesuatu tempat), kecoh, gempar:
suasana di rumah pengantin perempuan menjadi ~ kerana ia jatuh pengsan sewaktu bersanding;
membuat ~ menimbulkan kegemparan (kekecohan dan sebagainya);
2. sungguh-sungguh dan giat (dibincangkan, diperkatakan, dan sebagainya), hebat:
peristiwa pembunuhan itu telah ~ diperkatakan orang;
menghebohkan
1. menimbulkan keadaan kelam-kabut, mengecohkan, menggemparkan:
kejadian itu ~ suasana di kampung itu;
2. = mengheboh-hebohkan membuat supaya orang ramai tahu mengenai sesuatu perkara (peristiwa dan sebagainya) dan akan bercakap-cakap mengenainya:
dia tidak suka ~ peristiwa yang menimpa keluarganya;
kehebohan keadaan heboh (kecoh, gempar), kekecohan, kegemparan:
~ di luar rumah menyebabkan dia terbangun daripada tidurnya;
dalam ~ itu pencuri tadi dapat melepaskan diri.