1. segala sesuatu yang didapati atau diperoleh (daripada tanah, usaha dan kegiatan, dan lain-lain), pendapatan, perolehan:
kemajuan yang kita dapat sekarang ini adalah ~ daripada usaha kita yang bersungguh-sungguh;
~ padi kita kini sudah mencukupi;
semua ~ jualan tiket akan didermakan kepada tabung bencana banjir;
2. akibat, kesudahan (daripada perlawanan, peperiksaan, dan lain-lain):
penyakit yang dihidapinya ~ perbuatannya sendiri;
ujian Sijil Rendah Pelajaran tahun ini sangat baik ~nya;
3. perolehan atau pendapatan (yang terdiri daripada cukai, pajak, sewa tanah, dan lain-lain):
~ negeri dipungut dengan berbagai-bagai cara;
~ bahagi (Matematik) hasil atau dapatan yang diperoleh daripada membahagi-bahagikan satu angka dengan angka yang lain;
~ buangan (Kimia) bahan yang terhasil dalam proses kimia tetapi tidak mempunyai kegunaan industri;
~ bumi
a) [Indonesia] hasil daripada pertanian;
b) hasil yang didapati daripada dalam tanah (berupa galian) dan daripada tumbuh-tumbuhan;
~ cukai pendapatan daripada cukai;
~ darab (Matematik) jawaban atau dapatan daripada mendarab;
~ hutan barang yang didapati daripada tumbuhan dalam hutan (seperti damar, kayu-kayan, rotan, dan lain-lain);
~ ikutan (turut) [Indonesia] hasil sampingan;
~ kali [Indonesia] hasil darab;
~ kepala [Kelantan] cukai yang dikenakan ke atas seseorang;
~ mahsul berbagai-bagai hasil sesuatu negeri;
~ negeri
a) hasil sesuatu negeri;
b) pendapatan kerajaan (cukai dan lain-lain);
~ purata (Matematik) angka tengah yang sama jauhnya daripada angka yang pertama dan yang akhir (seperti lima ialah suatu kuantiti antara dua dan lapan);
~ pertanian barang-barang keluaran pertanian;
~ pintu cukai yang dikenakan atas rumah dalam kawasan majlis bandaran;
~ pokok ark cukai mengikut bilangan pokok pada sebidang tanah;
~ sampingan hasil yang bukan hasil utama (mis sabut dalam perusahaan kelapa);
~ semula jadi hasil yang bukan buatan manusia;
~ sut (Ekonomi) hasil yang diperoleh daripada jualan (keluaran) tambahan;
~ tanah
a) cukai tanah;
b) hasil bumi;
~ tapak [arkaik] cukai tanah bersama cukai yang belum dibayar;
~ tenusu hasil daripada binatang ternakan (seperti susu dan lain-lain);
~ terakru (Ekonomi) hasil yang diperoleh dalam tempoh perakaunan tetapi belum direkodkan, atau bayarannya belum diterima sebelum tarikh tutup tempoh perakaunan itu;
~ utama [Indonesia] hasil yang pokok (yang terutama);
berhasil
1. ada hasilnya, memberi hasil:
kebunnya sudah ~;
2. tercapai (cita-citanya, maksudnya), berjaya:
segala usaha dan ikhtiarnya tidak juga ~;
menghasilkan
1. mendatangkan (mengeluarkan, memberikan) hasil:
Asia Tenggara ~ bijih timah yang banyak sekali di dunia;
2. mencipta (sesuatu):
bagi ~ bunyi sesuatu jirim itu mestilah bergetar;
ia seorang pengarang yang ~ lebih daripada 20 buah cerita pendek;
3. mengakibatkan;
4. menyebabkan (berhasil), membuahkan:
pertemuan mereka yang pertama itu telah ~ rasa cinta di dalam sanubari masing-masing;
ketekunanlah yang telah ~ usahanya;
hasilan hasil ciptaan atau dapatan kerana menghasilkan sesuatu:
TV3 telah mengadakan slot cerekarama yang menayangkan drama-drama ~ pengusaha tempatan;
kehasilan benda yang dihasilkan:
upah sawah itu kadang-kadang sama dengan ~ yang diperdapat;
keberhasilan perihal berhasil atau tercapai (sesuatu matlamat, rancangan, tujuan, usaha dan lain-lain):
suatu keistimewaan lain ialah ~ pengarang menggunakan monolog;
~ penggunaan istilah banyak bergantung pada masyarakat penggunanya;
~ sesebuah novel;
~ sesuatu prosedur;
penghasilan
1. perihal (usaha dan sebagainya) menghasilkan (mengeluarkan), pengeluaran:
Malaysia sangat terkemuka dalam ~ timah;
~ getah dan minyak kelapa sawit;
benda-benda biasanya melalui beberapa tingkatan dalam ~ dan pemakaiannya;
2. pendapatan, perolehan (wang dan lain-lain):
meskipun ~nya tidak seberapa tetapi dapatlah juga ia membantu kami;
~ getahnya jatuh menjadi nombor dua terpenting;
pajak ~ [Indonesia] pajak pendapatan;
penghasil orang atau alat yang menghasilkan (membuat, mencipta, dan lain-lain) sesuatu.