sejenis binatang mamalia yang buas (rupanya seperti kucing);
jenis-jenisnya:
~ akar = ~ dahan, Neofelis nebulosa;
~ belang, Panthera tigris;
~ bintang = ~ kumbang, Panthera pardus, dan lain-lain;
~ akuan harimau jadi-jadian, cenaku, kembering;
~ tanpa gigi orang telah tiada kuasanya lagi:
saya akan buktikan yang MPPJ bukan ~ tanpa gigi;
bagai ~ kelaparan ki sangat ganas;
~ ditakuti sebab giginya (peribahasa) orang yang berpangkat itu ditakuti kerana ada kuasanya;
~ mati meninggalkan belang, gajah mati meninggalkan gading (peribahasa) orang yang berjasa itu akan selalu disebut-sebut orang walau berapa lama pun ia telah mati;
~ mati kerana belangnya (peribahasa) perihal mendapat kecelakaan kerana mempertahankan kemegahannya;
~ mengaum tak akan menangkap = ~ bertempik tak akan makan orang (peribahasa) orang yang marah dan berteriak-teriak biasanya tidak sampai memukul;
anak ~ diajar makan daging (peribahasa) orang yang zalim digalakkan membunuh;
anak ~ tak akan menjadi anak kambing (peribahasa) orang yang berani tak akan jadi penakut;
bagai ~ beranak muda (peribahasa) perihal orang yang sangat bengis (garang dan lain-lain);
seperti ~ menyembunyikan (menyorokkan) kuku (peribahasa) orang berpengetahuan yang menyembunyikan pengetahuannya;
sudah masuk ke dalam mulut ~ (peribahasa) sudah pasti binasa;
mengharimaui memarahi (memberangi) dengan menengking-nengking dan lain-lain, memperlakukan dengan kejam.