harga

1. nilai sesuatu barang dengan (kiraan) wang:
kalau adapun barang itu ~nya mahal;
letak ~
[bahasa percakapan]
a) menetapkan harga;
b) menetapkan harga (nilai) yang tinggi (apabila mengetahui bahawa sesuatu atau seseorang itu sangat-sangat dikehendaki);
tarik ~ [bahasa percakapan]
a) meletakkan harga yang tinggi;
b) (berkenaan (dengan) pihak yang menyedari bahawa dirinya dikehendaki ramai) mengambil kesempatan memilih atau mengenakan syarat-syarat tertentu kepada pihak yang menghendakinya;

2. [kiasan] kehormatan (diri), maruah:
kami tahu ~ diri kami;

3. [kiasan] faedah, erti, guna, manfaat, kepentingan:
nasihat yang baik sudah tidak ada ~nya lagi;
~ benderol
[Indonesia]
a) meterai yang berbentuk pita yang menyatakan harga (rokok dan lain-lain);
b) = ~ pemerintah = ~ E. Z. [Indonesia] harga yang ditetapkan oleh kerajaan;
~ beli (pembelian) harga pada ketika membeli;
~ borong harga sesuatu barang yang dibeli atau dijual secara borong, biasanya lebih murah daripada harga runcit;
~ bumbung (Ekonomi) harga maksimum sesuatu barang yang ditetapkan dan dibenarkan oleh pihak berkuasa, harga siling;
~ damai harga yang masih boleh ditawar (lawan harga tetap atau harga mati);
~ diri maruah, kehormatan diri;
~ gelap harga yang tidak menurut ketetapan kerajaan;
~ gila [Indonesia] [bahasa percakapan] harga yang terlalu murah atau terlalu mahal;
~ jualan (Ekonomi) harga barang di kedai, harga yang ditetapkan oleh penjual;
~ kos (Ekonomi) harga barang yang dijual oleh pengeluar kepada penjual;
~ lantai (Ekonomi) harga paling rendah yang ditentukan (dibenarkan);
~ mati = ~ pasti = ~ tetap harga yang muktamad;
~ melawan [bahasa percakapan] [Indonesia] harga yang lebih murah daripada harga penjual lain;
~ modal harga pokok;
~ namaan harga yang tertera pada saham (bukan nilai pasarannya atau nilainya yang sebenar);
~ pasar harga barang di kedai, harga jualan;
~ pasaran (Ekonomi)
a) harga terbaru yang dipersetujui oleh pembeli dan penjual barang atau perkhidmatan, sebagaimana yang ditentukan melalui permintaan dan penawaran;
b) harga selepas diskaun yang terdapat pada tarikh tutup perakaunan;
c) harga yang terakhir pada masa jual beli saham, yang disenaraikan dalam bursa saham;
~ penutup (Ekonomi) harga terakhir sesuatu saham dan sebagainya yang diniagakan sejurus sebelum waktu dagangan harian ditutup;
~ pokok harga yang dibayar oleh penjual pada masa membeli (daripada pengeluar dan sebagainya);
~ runcit harga sesuatu barang yang dibeli atau dijual secara runcit;
~ runtuh harga murah yang ditawarkan oleh pusat membeli belah untuk melariskan barang jualan dalam musim tertentu (biasanya musim perayaan);
~ senarai (Ekonomi) harga barang sebelum ditolak potongan (dalal dan sebagainya);
~ siling (Ekonomi) harga maksimum sesuatu barang yang ditetapkan dan dibenarkan oleh pihak berkuasa, harga bumbung;
~ tunai harga jika dibayar tunai;
ada rupa ada ~ (peribahasa) harga sesuatu barang itu mengikut keadaannya atau mutunya;

seharga
1. sama harganya (dengan);

2. harganya, dengan harga:
membeli barang ~ lima ringgit;

berharga
1. mempunyai harga, harganya:
kereta barunya ~ RM28 000;

2. berfaedah, bermanfaat, tinggi nilainya, penting:
pokok jati menghasilkan kayu yang sangat ~;
tidak ~
tidak berguna (tidak penting);

menghargai
1. memberi (menetapkan) harga, menaksir harga, menilaikan:
barang jualannya dihargainya terlalu tinggi;
aku tidak mahu menjual kereta itu kerana orang ~nya terlalu rendah;

2. memberikan penghormatan (pujian, sanjungan, dan sebagainya), menganggap penting (berfaedah):
penerbit belum tahu ~ karya pengarang;
khidmat dan sumbangannya tidak dihargai orang;

3. menghormati, memuliakan, mengendahkan:
dia tidak ~ orang tuanya;

menghargakan
1. menawarkan barang yang hendak dijual (dengan menyatakan harganya):
membeli barang tidak ditawarnya lagi, seberapa dihargakan orang dibelinya;

2. menghargai;

terharga, terhargakan, terhargai;
tidak ~ tidak ternilai;

penghargaan perihal atau perbuatan menghargai, penghormatan, penyanjungan;
hadiah ~ hadiah penghormatan (terhadap sesuatu sumbangan dan lain-lain).

berkongsi