hadir

ada, ada datang (di sekolah, mesyuarat, dan lain-lain):
wakil kami tidak ~ dalam persidangan itu: daftar ~ daftar yang mengandungi nama orang yang hadir (datang);

berhadir [sastera lama] bersedia, menyediakan:
segala orang Singapura itu pun sudah ~ dengan segala persembahannya;
maka Sultan Ahmad pun menghimpunkan orang, dan disuruh ~ senjata;

menghadiri hadir di (persidangan, majlis, kursus, dan lain-lain) menyertai, mengikuti:
lebih 100 orang peserta dari negara-negara Asia Tenggara, Australia, dan New Zealand telah ~ seminar antarabangsa tersebut;
~ persidangan Parlimen;

menghadirkan
1. membuat supaya hadir (ada di sesuatu tempat):
ketua rombongan hendaklah ~ semua ahli rombongan pada waktu yang ditetapkan;
~ diri
datang menunjukkan diri;

2. [sastera lama] menghimpunkan, mengadakan, menyediakan:
maka Sultan Ahmad pun mengerahkan segala rakyat ~ kelengkapan perang;
tuanku, baiklah persilakan turun ke kenaikan, telah sedia patik hadirkan;

kehadiran perihal hadir (di sesuatu perjumpaan, mesyuarat, dan sebagainya), perihal berada (di sesuatu tempat dan lain-lain), adanya, kedatangan:
~ golongan muda amat penting dalam perjumpaan itu;
~ kuasa besar boleh membawa kesan buruk kepada negara-negara Asia Tenggara;
daftar ~
daftar nama orang yang hadir (di mesyuarat, kursus dan lain-lain), daftar hadir.

berkongsi