hadiah

1. pemberian (kerana penghargaan, untuk kenang-kenangan, sebagai penghormatan, dan lain-lain):
terimalah ~ kami yang tidak sepertinya ini;
dia menerima berbagai-bagai ~ pada hari jadinya;

2. ganjaran (kerana menang dalam perlumbaan, pertandingan, dan lain-lain):
bagi pemenang yang pertama disediakan ~ sebuah piala perak;
~ ikhlas

a) hadiah yang diberikan dengan ikhlas (tanpa mempunyai tujuan tertentu di sebaliknya;
b) buku (tiket dan sebagainya) yang diberikan percuma kepada orang-orang tertentu;
~ kerja hadiah kepada kakitangan sesuatu syarikat (persekutuan) perniagaan dan lain-lain;
~ lebaran [Indonesia] wang pemberian kepada kakitangan pejabat atau syarikat pada hari raya puasa;
~ Nobel hadiah tahunan kerana hasil kajian atau sumbangan yang teristimewa dalam berbagai-bagai lapangan (seperti ilmu fizik, perubatan, kesusasteraan, keamanan, dan lain-lain);
~ penghargaan hadiah yang diterima oleh seseorang yang tidak berjaya memenangi hadiah utama:
10 buah cerpen tersebut telah memenangi ~ penghargaan;
~ penghibur [Indonesia] = ~ sagu hati hadiah (ganjaran) kepada petanding yang tidak berjaya sepenuhnya;
~ siswa biasiswa;
~ utama hadiah berupa piala, wang, dan lain-lain yang menjadi rebutan untuk seseorang yang menjuarai sesuatu pertandingan :
tiga buah cerpen telah memenangi ~ utama dalam Sayembara Cerpen Remaja kali Ke-8;

berhadiah
1. ada disediakan hadiah:
pertandingan ini diadakan dengan ~;

2. memberikan (menyumbangkan) hadiah:
sesiapa yang suka ~ bolehlah berhubung dengan jawatankuasa;

menghadiahi memberikan hadiah kepada:
~ setiap pekerja yang bersara sebuah cenderamata;
Yang Dipertuan ~ Yuzuki sehelai jubah berwarna merah tua;

menghadiahkan memberikan sesuatu sebagai hadiah, menganugerahkan:
mereka ~ sebuah jam tangan kepadanya dalam majlis perpisahan itu;
dalam tahun 1903, Hadiah Nobel telah dihadiahkan kepada pasangan suami isteri Pierre Curie dan Marie Curie.

berkongsi