habuk

benda halus kering macam serbuk yang terdapat pada permukaan bumi, pada permukaan objek, atau berterbangan ditiup angin;
~ gergaji zarah-zarah halus kayu yang terhasil semasa kayu digergaji;

berhabuk
1. dipenuhi habuk, berdebu:
meja tulisnya ~ kerana tidak pernah disapu;

2. [bahasa percakapan], [kiasan] beria-ia mengatakan itu dan ini (membuat cadangan dan sebagainya) tetapi hanya cakap kosong:
cakapnya ~ tetapi kerjanya tidak ada satu pun yang nampak hasilnya;

3. [bahasa percakapan] fasih (bertutur dalam sesuatu bahasa asing);

kehabukan dipenuhi habuk, berhabuk, berdebu.

berkongsi