1. tidak sihat atau tidak waras fikirannya (otaknya, ingatannya):
kelakuannya seperti orang ~;
rumah (sakit) ~ rumah sakit tempat menggubat orang gila;
anjing ~ anjing yang kena penyakit, anjing yang berbahaya;
2. penyakit tidak sihat otak (fikiran, ingatan);
3. [bahasa percakapan] tidak seperti yang seharusnya (semestinya, selalunya), tidak normal, luar biasa;
anyam ~ anyam yang tidak tentu coraknya;
harga ~ harga yang bukan biasa, terlalu mahal (murah);
main ~ melakukan sesuatu sekehendak hati sahaja (seperti meninggalkan tugas atau kerja sesuka hati, berzina, dan lain-lain);
4. [kiasan] terlalu gemar (asyik, sayang, cinta, dan lain-lain) akan sesuatu:
dia tu ~ menengok wayang;
~ angau sangat ingin akan perempuan (lelaki), gila urat;
~ anjing = penyakit anjing ~ sejenis penyakit virus yang berbahaya pada anjing;
~ asyik (berahi, hati) terlalu cinta (asyik);
~ babi = ~ sawan sejenis penyakit ayan, pitam (sawan) babi, epilepsi;
~ bahasa = ~-~ bahasa rempang bahasa, kurang sihat sedikit atau tidak panjang fikirannya (cepat marah, pemberani, tidak malu, dan lain-lain perangainya);
~ bayang cinta akan seseorang yang tidak tahu akan cintanya (tidak dibalas);
~ bayang-bayang perasaan ingin akan sesuatu yang tidak mungkin diperoleh;
~ gadis (perempuan) terlalu gemar akan perempuan;
~ hormat sangat suka dihormati (dimuliakan) orang;
~ isim gila kerana tersalah mengamalkan (menuntut) ilmu batin;
~ judi terlalu suka bermain judi;
~ kebangsaan selalu bersemangat (berusaha) untuk memperjuangkan (memajukan) bangsanya;
~ kuasa sangat ingin mendapat kuasa;
~ pangkat
a) sentiasa ingin mendapat (mengejar) pangkat;
b) berubah kelakuannya (sikapnya) setelah mendapat pangkat tinggi;
~ politik selalu asyik dengan cita-cita (kegiatan-kegiatan) politik;
~ renang = ~-~ air agak kurang sihat ingatannya (fikirannya);
~ seks kecenderungan atau keinginan yang melampau (kuat) terhadap aktiviti seksual;
~ talak tidak sihat fikirannya kerana bercerai (selalu teringat-ingat akan bekas isteri atau suaminya);
~ urat sangat ingin akan perempuan (lelaki), gila angau;
tiap ~ tiap berkongkong, tiap mandi tiap bergosok (peribahasa) seperti orang yang berbicara, setiap kali berbicara, setiap kali membayar belanja perbicaraan;