1. bertingkah laku, bersikap dan sebagainya seperti orang gila, seolah-olah, seakan-akan atau pura-pura gila:
ini bukanlah tempat dan masanya untuk bergurau dan berperangai ~;
watak ~ ini memang susah juga, tetapi ada seronoknya;
2. berbuat dengan sekehendak atau sesuka hati tanpa memikirkan akibat atau kesannya dan sebagainya:
dia memang suka memandu kereta ~ tanpa memikirkan keselamatan orang lain;
3. melampaui had atau batas yang sepatutnya, berlebih-lebihan, keterlaluan, bukan-bukan:
suatu langkah yang berkesan harus diambil segera untuk membendung kenaikan harga barang keperluan yang ~ sejak kebelakangan ini;
bergila-gila 1. = gila-gilaan, menggila berkelakuan (berperangai dan lain-lain) seperti orang gila (tidak menggunakan fikiran, mengikut perasaan sahaja);
2. = tergila-gila terlalu amat ingin (suka, asyik, cinta, berahi) akan sesuatu:
anak-anak muda sekarang banyak yang ~ mahu hidup di bandar;
kulihat banyak gadis yang ~ kepadanya;
3. = menggila semakin sangat, menjadi-jadi, berlebih-lebihan;
menggila
1. menjadi-jadi, bergila-gila:
batuknya ~;
peperangan sudah ~;
2. berkelakuan seperti orang gila, bergila-gila:
di dalam hatinya berharapkan semoga musuhnya akan ~ terus kepadanya;
3. berasa sangat asyik (suka, gemar, dan lain-lain):
pemuda yang ~ kepadanya;
4. menyebabkan gila (sangat kasih, suka sekali, dan lain-lain);
5. berjalan (belayar dan lain-lain) dengan laju sekali, tiada teratur dan lain-lain (berkenaan (dengan) kereta, kapal, dan lain-lain):
di jalan raya, motokar makin ~;
korvet-korvet ini kian ~ di atas air seperti ular kena palu;
menggilai
1. terlalu mengasihi (mencintai, mengingini, dan lain-lain):
siapa nama perempuan yang digilainya?;
memperoleh sotong-sotong yang ~ cahaya api;
2. = menggilakan [Minangkabau] menjaga (memelihara, melayani, dan lain-lain) baik-baik;
menggilakan
1. menjadikan (menyebabkan) gila, membuat supaya gila;
2. = mempergilakan menganggap (melayani dan lain-lain) seperti orang gila, mempermainkan (memperolokkan);
3. [Minangkabau] menjaga (memelihara);
tergila-gila terlalu suka (ingin, asyik, dan lain-lain) sangat:
jangan ~ sangat hendak kahwin;
tergila-gilakan terlalu sangat suka (ingin, asyik, cinta, dan lain-lain) akan (seseorang atau sesuatu):
abang sudah ~ gadis lain;
~ kuasa;
kegilaan
1. perihal gila;
2. terlampau sangat suka (asyik):
pemuda-pemuda yang ~ dan kedahagaan wanita mengajak pelayan-pelayan itu berbual;
penulis-penulis muda di Singapura ~ mengadakan perjumpaan;
3. keadaan (peristiwa dan lain-lain) yang tidak biasa atau berlebih-lebihan:
memandang ~ alam dengan warna-warna senjanya yang keras, terang, pekat, kacau dan menakuntukan;
peristiwa seumpama itu ialah peristiwa yang boleh dikatakan ~;
4. ketololan, kebodohan;
kegila-gilaan
1. sedikit gila, agak gila;
2. seakan-akan gila tampaknya:
kalau diteruskan, hasilnya adalah bercorak ~ sahaja;
gelak ketawa yang terlalu ~;
3. terlalu suka (asyik, gemar, dan lain-lain) sangat, tergila-gila.