gendang I

1. sejenis alat muzik daripada kayu bulat panjang yang berongga dan direntang dengan kulit (pada hujung pangkalnya);
~ nobat gendang yang dipakai untuk nobat;
~ perang gendang yang digunakan semasa berperang;
juru~ orang yang memukul gendang;

2. langgam (pukulan) gendang sebagai isyarat, cara memukul gendang;
~ arak-arakan cara memukul gendang sewaktu berarak;
~ berangkat gendang yang menyatakan raja berangkat;
~ keling = ~ merdangga gendang yang disandang pada leher dan dipukul dengan kayu;
~ kembali gendang yang dipukul sebagai isyarat untuk menyatakan raja kembali;
~ melela = ~ serama gendang yang sebelah dipukul dengan kayu, dan yang sebelah lagi dipukul dengan tangan;
~ pendengar [Indonesia] selaput telinga yang menerima suara;
~ perhentian = ~ galanjur gendang yang dipukul sebagai isyarat untuk menyatakan orang harus berhenti;
~ raya [Kedah] beduk (tabuh);
bagaimana bunyi ~, begitulah tarinya (peribahasa) patuh pada segala perintah;
situ juga ~ berbunyi (peribahasa) sentiasa sama sahaja (tidak berubah);

gendang-gendang, gendangan sejenis selaput, kulit ari;

bergendang memukul gendang;
~ paha bersuka-suka kerana penderitaan orang lain;
~ deras (peribahasa) berkuasa (bermaharajalela);
bak ~ ke Sirukam, perut kenyang emas boleh (peribahasa) keuntungan yang diterima secara berlebih-lebihan.

berkongsi