1. tidak terdapat cahaya, kelam, tidak terang:
hari mulai ~ lebih kurang pada pukul tujuh malam;
keadaan di tempat itu ~;
2. tidak jelas atau belum jelas (berkenaan (dengan) sesuatu hal, perkara, kedudukan, dan lain-lain):
hal itu masih ~ bagi saya;
(masih) dalam ~ (masih) belum faham benar atau tahu dengan jelas akan sesuatu;
3. tidak cerah (berkenaan (dengan) kehidupan atau masa depan seseorang dan sebagainya), menghadapi kesulitan;
4. (secara) haram, (secara) tidak sah, (secara) rahsia;
barang ~ barang yang diimport (dijual dan lain-lain) secara gelap;
mata-mata ~ ampama (pengintip rahsia, polis rahsia);
pasar ~ tempat berjual beli barang-barang haram (yang ditegah oleh kerajaan);
~ buta = ~ -guguk = ~ -gelita = ~-gelemat = ~-katup = ~-pekat sangat gelap;
~ fikiran = ~ mata
a) tidak dapat berfikir lagi kerana marah dan sebagainya (sehingga mengamuk, memukul, dan sebagainya);
b) pitam:
dia dibawa ke hospital setelah dia berasa ~ mata; ~ hati sukar (tidak mudah) belajar;
bergelap berada dalam gelap (tidak memakai lampu):
pada malam hari peraturan ~ dijalankan;
bergelap-gelap tidak dengan terus terang;
menggelap
1. menjadi gelap;
2. lenyap, melenyapkan diri;
3. menjadi gelap mata;
menggelapkan
1. menjadikan gelap, menjadikan tidak diterangi cahaya (dengan mematikan lampu dan lain-lain):
jangan digelapkan bilik ini kerana saya hendak membaca lagi;
2. menyebabkan tidak cerah (masa depan seseorang dan lain-lain), menyulitkan, menyusahkan:
kata-kata itu benar-benar ~ masa depan keluarganya;
3. menghilangkan atau mencuri (barang yang diamanahkan orang dan lain-lain):
ia telah ~ wang kesatuan;
4. menyembunyikan, menghalangi (tersebarnya berita dan lain-lain):
pihak penjajah telah ~ pengiriman berita;
kegelapan
1. perihal gelap, keadaan gelap:
ia keluar dari rumahnya dalam ~ malam;
suasana politik dunia sekarang masih dalam ~;
2. berada dalam gelap:
kalau tidak cepat pulang tentu ~ di tengah jalan;
3. menjadi gelap mata;
kegelap-gelapan
1. agak gelap;
2. menjadi gelap mata;
penggelapan perihal atau perbuatan menggelapkan (barang, berita, dan lain-lain):
orang yang terlibat dalam ~ barang-barang kerajaan telah ditangkap.