gedung

rumah besar daripada batu, bangunan untuk pejabat dan lain-lain;
~ arca = ~ gajah [Indonesia] muzium (di Jakarta);
~ bicara
a) gedung tempat bermesyuarat;
b) gedung mahkamah;
~ diskaun (Ekonomi) institusi kewangan yang membeli bil perbendaharaan atau instrumen kewangan jangka pendek yang lain dengan harga diskaun;
~ ilmu institusi tempat diperoleh ilmu pengetahuan (seperti universiti atau maktab);
~ kesenian [Indonesia] bangunan untuk pertunjukan hasil-hasil seni (seperti tarian, sandiwara, dan lain-lain), balai budaya;
~ komedi [Indonesia] gedung tempat pertunjukan sandiwara;
~ penjelasan rumah penjelasan;
~ putih istana Presiden Amerika Syarikat;
~ senjata tempat menyimpan senjata;
~ terbitan (Ekonomi) institusi kewangan yang mencari modal untuk syarikat swasta yang mantap yang mahu menjadi syarikat milik awam, dengan mengeluarkan saham bagi pihak mereka.

berkongsi