1. benda tajam (daripada besi, buluh, dan lain-lain) yang dipasang di tanah dan lain-lain untuk melukai orang:
jalan yang akan ditempuhinya itu penuh dengan duri dan ~;
2. sejenis alat letupan (peledak) yang ditanam di darat (dipasang di laut):
~ darat;
~ laut;
banyak kapal yang tenggelam kerana melanggar ~ laut;
kapal penyapu ~ kapal yang mengesan dan memusnahkan ranjau laut;
3. [kiasan] sesuatu yang dibuat untuk mencelakakan orang, tipu daya;
~ lapuk tipu muslihat yang tersembunyi;
4. [kiasan] = ~ hidup kesukaran (percubaan dan lain-lain) yang harus ditempuh oleh seseorang dalam hidupnya:
Hendon lebih lama berumah tangga, lebih lama kenal dunia, lebih lama tahu ~ dan jurang hidup;
~ cacak ranjau yang dipasang tegak;
~ pers [Indonesia] undang-undang yang menyekat kebebasan akhbar;
duduk meraut ~, berdiri melihat musuh = duduk meraut ~, tegak meninjau jarah (peribahasa) sentiasa berusaha (berwaspada dan lain-lain);
meranjau
1. memasang ranjau:
~ jalan;
2. melukai (kaki dan lain-lain):
anak duri ~ tapak.