garuk I

alat untuk mengeruk-ngeruk (mencakar-cakar), perkakas menyiang padi (bergigi seperti sisir), garu;
seperti ~ dengan sisir (peribahasa) hal dua orang bersaudara yang berlainan sifat;

bergaruk, bergaruk-garuk mengeruk-ngeruk atau mencakar-cakar badan (kerana gatal);

menggaruk
1. mencakar-cakar (dengan kuku dan lain-lain), menyisir (tanah):
tuan itu berhenti ~ kepalanya;

2. [kiasan] mengumpulkan harta (dengan jalan yang tidak patut dan sebagainya):
tanah jajahan diperlukan untuk ~ kekayaannya;
menggaruk-garuk kepala
ki dalam kesusahan dan lain-lain;
hendak ~ tidak berkuku (peribahasa) ingin melakukan sesuatu tetapi tidak mempunyai alatnya;
tidak ada orang ~ keluar badan (peribahasa) orang biasanya berpihak (pada kaum dan lain-lain) kalau timbul pergaduhan;
kini gatal besok digaruk (peribahasa) pertolongan yang datang terlambat;

menggarukkan mengeruk dengan, mengeruk untuk;

tergaruk-garuk tergaru-garu:
~ adik Ayu kerana gatal digigit nyamuk;

garukan hasil daripada menggaruk, bekas-bekas digaruk;

penggaruk alat untuk mengeruk, garu.

berkongsi