garis I

1. tanda yang panjang halus yang dibuat pada sesuatu permukaan, garisan:
melukis dari ~ A ke ~ B;

2. calar:
~-~ di badannya masih kelihatan akibat kena rotan;

3. kedut pada kulit muka;

4. tanda yang panjang halus pada tapak tangan;

5. (dalam beberapa permainan) tanda yang dibuat untuk membatasi gelanggang atau bahagian-bahagiannya, garisan;

6. baris pertahanan (kubu dan lain-lain), garisan:
pasukannya dapat menembusi ~ pertahanan musuh;

7. had, batas, ketentuan:
kita harus menunaikan tugas kita menurut ~-~ yang telah ditentukan;
~ akhir
baris penghabisan dalam perlumbaan;
~ bahagi garis yang membahagi dua sesuatu sudut;
~ belakang barisan yang tidak terlibat langsung dalam medan perang;
~-~ besar perkara-perkara yang mustahak;
~ depan
a) barisan yang paling depan;
b) garis pertahanan yang menghadapi musuh;
~ haluan = ~ panduan panduan atau petunjuk-petunjuk yang perlu diikut, dasar (ciri-ciri utama dan sebagainya) yang boleh dijadikan panduan atau pegangan;
~ miring garis yang condong ke bawah dan menyerong;
~ pemisah garis (batas, sempadan, panduan) yang memisahkan sesuatu dengan yang lain;
~ pusat garis yang menerusi pusat dan disempadankan oleh lilitan bulatan;
~ rentas garis yang menghubungkan dua titik pada bulatan;
~ sendeng (Matematik) hipotenus;
~ sentuh garis yang menyentuh suatu titik pada lilitan bulatan;
~ singgung garis yang bersentuhan (terlalu rapat);
~ tegak
garis lurus yang membuat sudut 90 dengan garis yang lain;
~ tengah [Indonesia] garis pusat;

bergaris mempunyai garis:
kad ~;

bergaris-garis banyak garisnya;

menggaris membuat garis;

menggariskan
1. membuat garis pada (sesuatu), menandakan (sesuatu) dengan garis:
~ perkataan-perkataan yang dieja salah;

2. menyatakan aspek-aspek atau ciri-ciri utama sesuatu (biasanya secara am atau tidak terperinci):
Rancangan Malaysia Kelima ~ beberapa dasar, strategi, dan program utama;

garisan
1. tanda yang halus panjang pada sesuatu permukaan yang tidak ada tebalnya dan lebarnya, garis:
beberapa ~ berwarna hijau terdapat pada kertas itu;

2. coret panjang yang dibuat untuk menandai batas atau sempadan, garis:
dia menendang bola itu keluar ~;

3. barisan kubu untuk bertahan, deretan benteng untuk mempertahankan kawasan yang dikuasai, garis:
pasukan komando kita telah berjaya menawan ~ musuh;
~ bujur
(Geografi) garis di peta dari kutub utara sampai ke kutub selatan;
~ lintang (Geografi) garis di peta yang selari dengan khatulistiwa;
~ pusat garis pusat;
~ rentas garis rentas;
~ sejajar = ~ selari dua garis yang sama jarak antaranya;

penggaris = kayu ~ kayu berskala untuk membuat garis atau mengukur panjang garis dan lain-lain;
~ penamat garis yang menandakan tempat berakhirnya perlumbaan.

berkongsi