garang I

1. suka atau lekas menyerang dan sebagainya (apabila marah dan sebagainya), bengis, galak:
anjing itu cukup ~;
guru yang ~ menakuntukan murid;

2. [Minangkabau] suka, gemar;
~ makan kuat makan;

3. kencang (berkenaan (dengan) angin dan lain-lain), hebat:
angin bukit tiba-tiba bertiup ~;

4. terang dan bercahaya (berkenaan (dengan) warna), sangat cerah:
kalau dulu orang gemar cara mekap yang natural, dalam tahun 1983 penggunaan warna yang ~ muncul pula;

menggarang
1. menjadi garang (berkenaan (dengan) anjing dan lain-lain), membuas, mengganas, menggalak;

2. = menggarangkan memberanikan, mengganaskan;

menggarangkan
1. menjadikan garang, memberanikan, mengganaskan, menggalakkan;

2. menjadikan (kelihatan) terang dan bercahaya, menjadikan (warna) sangat cerah:
warna-warna tersebut saling bersatu hingga dapat melembuntukan atau ~ warna-warna yang bersebelahan;

kegarangan perihal garang:
lambang api jelas membawa suasana ~ dan kegigihan.

berkongsi