gadai janji

(Ekonomi)

1. perjanjian peminjaman sejumlah wang daripada bank, syarikat kewangan dan sebagainya bagi membeli rumah atau harta benda dengan rumah atau harta benda yang berkenaan dijadikan cagaran;

2. dokumen yang diberikan oleh peminjam kepada pemberi pinjam dalam bentuk lien kepada harta yang dijadikan cagaran terhadap pinjaman yang diberi sehinggalah pinjaman berkenaan dibayar semula;
~ kedua (Ekonomi) gadai janji yang dibuat terhadap harta yang masih digadai janji dengan pihak lain;
~ pertama (Ekonomi) gadai janji utama yang memberikan tuntutan pertama terhadap harta yang menjadi cagaran;

menggadai janji mencagarkan harta benda secara gadai janji kepada pemberi pinjaman (bank, syarikat kewangan dan sebagainya) untuk mendapatkan pinjaman:
dia terpaksa ~ rumahnya kepada bank untuk membiayai pelajaran anaknya di seberang laut;

penggadai janji orang yang meminjam wang dan menggadai janji hartanya kepada pemberi pinjaman (bank, syarikat kewangan dan sebagainya) sebagai cagaran.

berkongsi