gadai

1. pinjaman wang dengan menyerahkan barang sebagai cagaran untuk tempoh tertentu (kalau tidak ditebus dalam tempoh tersebut barang itu akan menjadi milik orang yang memberi pinjaman);
~ gelap gadai tanpa izin;

2. = barang ~ barang yang diserahkan sebagai cagaran hutang;
menebus ~ menebus barang yang menjadi cagaran hutang;
menjual ~ menjual barang dengan syarat barang itu dapat ditebus dalam tempoh tertentu;
(kedai) pajak ~ = rumah ~ tempat meminjam wang dengan menyerahkan sesuatu sebagai cagaran;
surat ~ surat yang menandakan hutang dengan cagaran barang;
~ terdorong kepada Cina (peribahasa) terlanjur, tidak mungkin ditarik kembali;

bergadai mendapatkan pinjaman dengan memberi (menyerahkan) sesuatu cagaran:
dia sanggup ~ untuk membiayai persekolahan anaknya;
~ golok (bergolok)
berikhtiar mendapatkan sesuatu dengan bergadai;
~ nyawa mempertaruhkan nyawa, meletakkan diri sendiri dalam keadaan yang boleh menyebabkan maut untuk atau kerana seseorang atau sesuatu;

menggadai
1. [Indonesia] menerima cagaran untuk wang yang dipinjamkan;

2. = menggadaikan:
~ tanah;
~ nyawa
bergadai nyawa;
~ terdorong ke pajak, sehari sebulan juga (peribahasa) sesuatu perbuatan yang terlanjur walaupun kecil akibatnya sama seperti yang besar juga;

menggadaikan
1. menyerahkan sesuatu (tanah dan lain-lain) sebagai cagaran hutang:
keadaan hidupnya demikian terdesak hingga ia terdorong ~ harta bendanya;

2. menyerahkan atau meletakkan sesuatu dalam keadaan terancam atau sebagai cagaran untuk mendapatkan sesuatu faedah dan sebagainya, mempertaruhkan:
dia sedih raja ~ imannya;

tergadai telah digadai;
orang ~ orang yang menjadi jaminan hutang;
tercacak bagai lembing ~ (peribahasa) tertegun kehairanan;

gadaian barang yang tergadai;

penggadaian perihal (perbuatan) menggadai;

pegadaian rumah gadai, pajak gadai;

penggadai orang yang menjalankan pekerjaan menggadai.

berkongsi