angan-angan (khayalan), cita, fikiran, renungan;
daya ~ kebolehan fikiran untuk mereka sesuatu (karya seni dan lain-lain);
mencipta menerbitkan atau menghasilkan sesuatu dengan daya fikiran atau imaginasi (khayalan):
untuk dapat ~ cerita yang baik, diperlukan fantasi;
guru hendaklah menggalakkan kebolehan ~ di kalangan kanak-kanak;
menciptakan
1. mewujudkan (mengadakan, membuat, menjadikan) sesuatu dengan fikiran (kekuatan batin):
dunia diciptakan oleh Tuhan dengan kuasanya yang Maha Besar;
2. mewujudkan (melahirkan, membuat, menjadikan) sesuatu yang baru:
Karl Marx bercita-cita ~ masyarakat yang sama rata;
3. membuat (menjadikan) sesuatu daripada bahan-bahan yang lain:
daripada keledek pula ia ~ hasil-hasil seperti sebatian getah yang berharga, kanji, halia tiruan, perekat, dan lain-lain;
4. menghasilkan karya seni (mengarang sajak, menggubah lagu, dan lain-lain):
hanya dengan bakat sahaja sasterawan tidak dapat ~ novel yang bernilai;
kalau mahu mendapat penghargaan, seniman mestilah ~ karya yang mengagumkan manusia;
tercipta sudah diciptakan (dibuat, dijadikan), terwujud;
ciptaan sesuatu yang diciptakan, hasil kesenian:
lagu-lagu ~ seniman agung P.Ramlee;
ia tidak mengharapkan siapa-siapa pun membeli atau memuji ~nya yang tergantung di bilik pameran itu;
penciptaan perihal (usaha dan sebagainya) mencipta(kan);
pencipta (orang) yang menciptakan (menjadikan, membuat, mewujudkan):
~ fesyen pakaian.