uli I

sejenis kuih yang dibuat daripada beras pulut;

beruli (sudah) diramas-ramas dan ditekan-tekan (adunan roti, kuih, dan lain-lain) dengan tangan untuk menyebatikannya:
dia menarik mangkuk tepung yang sudah ~ ke hadapannya;

menguli meramas-ramas dan menekan-nekan (adunan roti, kuih, dan sebagainya) dengan tangan untuk menyebatikannya:
tepung itu dicampur dengan air dan diuli sehingga lembut;

ulian sesuatu yang diuli;

pengulian perbuatan (proses atau kerja) menguli:
dengan adanya mesin baru, kini ~ tepung dapat dibuat dengan cepat, banyak dan bersih;

penguli
1. orang yang (kerjanya) menguli:
dua ~ roti, Mahmud dan Muhamad;

2. alat untuk menguli:
pengeluaran roti dan kek syarikatnya telah meningkat dengan penggunaan mesin ~ tepung yang baru dan canggih.

ulet

1. tidak mudah patah (putus, pecah), tidak getas, kuat, liat:
tali ini kurang ~;

2. [kiasan] berusaha dengan giat dan tabah untuk mencapai sesuatu:
mereka sangat ~ dalam berniaga;

keuletan
1. ketabahan hati (dalam menghadapi sesuatu), kecekalan;

2. usaha yang giat, kecekapan, kegiatan (yang bersungguh-sungguh).

ules

[Jakarta];

mengules menumbuk dan lain-lain hingga lumat, melumatkan, menghancurkan.

ulayah, ulayat

[arkaik] daerah, kawasan (yang sudah dimiliki);
tanah ~ tanah yang sudah tentu pemiliknya tetapi belum dikerjakan;

wilayah.

ulat I

1. sejenis binatang kecil yang umumnya lembut dan banyak kakinya (akan menjelma menjadi kepompong dan seterusnya kupu-kupu);

2. segala macam anak serangga yang masih lembut badannya (seperti berenga, lundi, dan lain-lain);
macam ~ ki terlalu banyak (berkenaan (dengan) orang yang berhimpun di sesuatu tempat dan sebagainya);

3. (Komputer) sejenis atur cara yang memadamkan data daripada ingatan komputer secara perlahan-lahan;
~ bulu
a) ulat yang berbulu badannya;
b) orang (lelaki) yang gatal;
~ bulu laut
sejenis ulat yang digunakan untuk racun, Chloeria flava;
~ daun
sejenis ulat yang memakan daun-daunan;
~ gading = ~ layar sejenis ulat yang merosakkan batang padi;
~ kecar lotong sejenis ulat, Atopos maximus; ~ ratus sejenis ulat yang memakan daun dan batang padi, Spodoptera spp.;
~ sutera
sejenis ulat yang mengeluarkan benang untuk dijadikan sutera, Bombyx mori;
bagai ~ nangka terhempas ke batu
(peribahasa) orang yang jahat itu tidak berasa serik oleh kesusahan daripada kejahatannya;
bagai melihat ~ (peribahasa) sangat benci (meluat) melihat sesuatu;
korek lubang ~ (peribahasa) sengaja mencari perselisihan;
menggeletik-geletik bagai ~ nangka = menggeletik-geletik bagai ~ cempedak = terloncat-loncat bagai ~ pinang (peribahasa)
a) orang yang gelisah;
b) perangai yang tidak tetap dan tidak sungguh ketika duduk (berjalan);
c) anak gadis yang lincah perangainya;

berulat ada ulat(nya), buruk (rosak) kerana dimakan ulat:
buah yang manis itu acapkali ~;
~ mata melihat
(peribahasa) sangat benci atau meluat melihat sesuatu.