ulas tangan

1. [kiasan] pembantu dalam sesuatu hal;

2. [kiasan] kakitangan, pekerja;

berulas tangan [kiasan] ada yang membantu (menolong), mempunyai pembantu;
~ dan lidah ki mendapat bantuan tenaga dan tunjuk ajar;

mengulas tangan [kiasan] memberi pertolongan kepada, membantu, menolong.

ulas IV

[Minangkabau] penghubung, sambung, sambungan;

berulas ada ulasnya, bersambung, bersambungan;
tangannya ~ ki ada yang membantu atau menolong;

mengulas menjadikan berulas, menyambung, melanjuntukan, memanjangkan:
singkat diulas, panjang dikerat;
~ kayu
menyambung kayu (supaya menjadi panjang);
~ tali menyambung tali;
~ bicara ki terus berbicara;
tanganku diulas olehnya ki aku dibantu (ditolong) olehnya;

ulasan sesuatu yang diulas, lanjutan, sambungan;
~ lidah ki orang yang jadi perantara untuk menyampaikan pesan orang dan lain-lain, jurubicara;

perulasan tempat pertemuan sesuatu yang disambung.

ulas III

juru~ orang yang menghuraikan (mengupas) sesuatu, jurutafsir;

mengulas memberi tafsiran (penerangan lanjut, pendapat, dan lain-lain) tentang sesuatu, mengupas, mentafsir:
majalah itu telah ~ filem Penarik Beca sebagai filem yang terbaik dalam tahun 1955;

ulasan huraian tentang sesuatu, kupasan, tafsiran;

~ buku kupasan isi sesebuah buku (oleh pengkritik buku);
~ selari huraian yang dibuat ketika sesuatu kejadian (upacara, pertandingan, dan lain-lain) sedang berlangsung;

pengulasan perbuatan mengulas:
~ dan penjelasan tentang karya sastera;

pengulas orang yang mengulas, juruulas.

ulas II

1. isi buah, biasanya berbiji, yang bergugus-gugus dan boleh dipisah-pisahkan, misalnya buah durian, nangka, manggis, limau dan langsat:
setiap pangsa durian itu biasanya mengandungi dua atau tiga ~ sahaja isinya;

2. penjodoh bilangan untuk bahagian buah yang berbiji dan lain-lain:
lalu dipinta se~ nangka pada penghulu istana itu;
beberapa ~ bawang;
limau masak se~
(peribahasa) kepandaian yang melebihi kepandaian saudara-saudaranya yang lain;

berulas berbentuk atau menyerupai ulas:
isi buahnya putih, ~, lembut dan manis;

berulas-ulas timbul ketul-ketul yang menyerupai ulas (berkenaan (dengan) otot badan dan sebagainya): daging pada bahagian lengannya kelihatan ~;
badannya ~ kerana mengamalkan sukan angkat berat.

ulas I

1. kain yang dijadikan sampul, sarung (bantal, tilam, dan lain-lain), kelubung:
beberapa jenis kain ~ tiang yang indah-indah;

2. kulit buah (biji dan lain-lain):
pada masa padi itu direndam dan diwapkan, setengah daripada vitamin B1 yang mudah larut itu serap masuk ke dalam ~ beras;

berulas ada ulasnya, bersarung (bantal dan lain-lain), bersampul;

mengulas, mengulasi memberi bersarung (bersampul), menyampul, menyaluti;

ulasan sarung (bantal dan lain-lain), sampul.

ular II

akar ~ sejenis tumbuhan (pokok memanjat), Freycinetia angustifolia;
kayu ~
sejenis tumbuhan (pokok), Strychnos ligustrina;
paku ~
sejenis tumbuhan (pakis), Pleopeltis phymatodes;

ular-ularan sejenis tumbuhan (pokok memanjat), Tinospora coriacea.

ular I

sejenis binatang menjalar yang tidak berkaki dan kulitnya bersisik (ada yang berbisa dan ada yang tidak);
~ belerang sejenis ular laut yang berbisa, Pelamis platurus;
~ cincin emas
sejenis ular, Boiga dendrophila;
~ cindai
[sastera lama] sejenis ular;
~ kapak bakau sejenis ular, Trimeresurus purpureomaculatus;
~ katam tebu
sejenis ular, Bungarus fasciatus;
~ kepala aruan
sejenis ular, Xenopeltis unicolor;
~ kepala dua

a) sejenis ular, Cylindrophis rufus;
b) [kiasan] orang yang munafik;
~ lidi = ~ tambang sejenis ular yang kecil dan berbisa, Ahaetulla ahaetulla;
~ matahari
sejenis ular, Maticora intestinalis;
~ minum = ~ mengiang [Minangkabau] = ~ danu [Kedah] pelangi;
~ sawa sejenis ular, Python reticulatus;
~ selimpat = ~ laut biasa
sejenis ular, Enhydrina schistosa;
~ sinar matahari = ~ matahari biru
sejenis ular, Maticora bivirgata;
~ tedung
sejenis ular, Naja naja;
~ tedung abu (selar)
sejenis ular, Ophiophagus hannah;
~ bukan, ikan pun bukan
(peribahasa) seseorang yang tidak dapat ditentukan jahat atau baiknya;
~ kepala dua = sekerat ~ sekerat belut (peribahasa) orang yang tidak teguh memegang kata-katanya (selalu berubah-ubah pendirian dan sebagainya), orang yang munafik;
~ dipukul jangan mati, kayu pemukul jangan patah, tanah dipala jangan lembang = seperti memalu ~ dalam benih, ~ jangan mati, benih jangan rosak (peribahasa) menyelesaikan sesuatu perkara (menghukum atau memperdamaikan orang) hendaklah dengan seadil-adilnya;
bagai ~ dengan legundi (peribahasa) perihal seseorang muda yang sangat lekat hatinya pada kekasihnya;
bagai ~ dengan orang (peribahasa) perihal dua orang bersaudara yang tiada mahu berkenalan;
biar ~ mati dan kayu tiada patah (peribahasa) binasakanlah musuh dengan tidak merosakkan diri sendiri;
jika ~ menyusur akar, tiada akan hilang bisanya (peribahasa) orang besar dan mulia itu, tidak hilang martabatnya jika dia merendahkan diri sekalipun;
kerosok ~ si rumpun bambu (peribahasa) jangan takut akan ancaman orang;
macam ~ kekenyangan (peribahasa) perihal seseorang yang buncit perutnya dan kerana itu jalannya tidak betul;
melangkahi ~ (peribahasa) melakukan sesuatu yang sangat berbahaya;
naga ditelan ~ lidi (peribahasa) anak orang bangsawan berkahwin dengan orang kebanyakan;
seperti ~ kena palu = cengkeling bagai ~ dipukul (peribahasa)
a) geliang-geliut kerana kesakitan dan marah;
b) bengkang-bengkok tidak beraturan (seperti jalan atau jahitan yang tidak lurus);
sudah tampak kaki ~ (peribahasa) telah diketahui tingkah laku seseorang yang buruk (yang dahulunya tidak diketahui);

ular-ular
1. = ularan sejenis pembuluh daripada getah, salur getah, hos;

2. carik kain (kertas, sutera) yang panjang-panjang;

mengular
1. = mengular-ular bengkang-bengkok (berkenaan (dengan) keadaan jalan dan sebagainya):
ada jalan yang ~-ular tetapi kemudiannya lurus seperti jalan ke kampung saya;

2. [kiasan] bersikap malas, suka ponteng kerja dan sebagainya:
ada segelintir pekerja yang suka ~.

ulap-ulap II

1. [Jakarta] melambai-lambaikan tangan untuk memanggil dan lain-lain;

2. [Jawa] meletakkan tangan pada paras kening mata seperti hendak melihat jauh (gerak-geri dalam tarian dan lain-lain).