berkaitan dengan atau menghasilkan gelombang yang sama sifatnya dengan gelombang bunyi tetapi frekuensinya lebih daripada frekuensi audio.
Category Archives: Kamus Dewan Online
ultramoden
terlalu moden.
ultralembayung
ultraungu.
ultrakonservatif
terlalu konservatif.
ultrabunyi
tenaga pancaran mekanik yang digunakan semasa mendiagnosis pelbagai jenis penyakit:
ujian ~ dilakukan untuk menilai pertumbuhan bayi di dalam kandungan.
ultra vires
(Latin) (Undang-undang) melampaui atau di luar kuasa atau autoriti yang sah seseorang, sesebuah badan dan sebagainya:
sebaliknya, jika pihak berkuasa bertindak secara melangkaui kekuasaan atau ~, maka pihak yang terjejas akan mendapat penghakiman yang sewajarnya.
ultra-
awalan asing teramat sangat, keterlaluan, terlampau, berlebih-lebihan, misalnya ultrakonservatif dan ultramoden.
ultimatum
amaran yang terakhir yang mesti dipatuhi dalam tempoh tertentu, kata dua.
ulser
(Perubatan) kerosakan pada permukaan sesuatu organ atau tisu yang mengakibatkan luka yang lambat pulih.
ulna
(Biologi) tulang terbesar pada lengan bawah manusia (yang terletak pada sisi lengan yang bertentangan dengan ibu jari) atau pada anggota vertebrat yang sepadan.