umpak I

[Jakarta] batu alas tiang rumah, batu sendi;

mengumpak, mengumpak-umpak memberi puji-pujian, memuji(-muji), mengangkat(-angkat), menyanjung(-nyanjung).

UMNO

akronim bagi United Malays National Organisation (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu).

ummi II

[Arab] tidak berpendidikan (orang yang buta huruf):
Nabi Muhammad ialah seorang ~;

ammi.

ummah

[Arab] umat (biasanya dimaksudkan umat Islam):
sistem dan ideologi sekular mesti terjadi bukan sahaja dalam diri individu tetapi juga di kalangan ~ kerana Islam tidak mengiktiraf pemisahan kehidupan agama daripada kehidupan sekular.

umbut II

mengumbut
1. menarik kembali (tali yang dihulurkan dan lain-lain), membongkar (sauh):
maka jurubatu pun ~ sauh langsung berdayung;

2. mencabut;
~ hati mengambil hati;
~ nyawa mencabut nyawa, membunuh.

umbut I

pangkal pucuk batang pokok palma (kelapa, pinang, dan lain-lain) yang lembut dan boleh dimakan:
mencari ~ untuk dimakan;
cari ~ kena buku
(peribahasa) mencari yang baik, mendapat yang buruk;
mencari ~ dalam batu (peribahasa) membuat pekerjaan yang sia-sia;

mengumbut mencari (mengambil) umbut (daripada pohon kelapa, enau, dan lain-lain).