sultan

[Arab] raja (yang memerintah):
S~ Pahang;
S~ Perak;
nafsu-nafsi raja di mata, ~ di hati
= beraja di mata bersultan di hati (peribahasa) melakukan sesuatu mengikut perhitungan sendiri (tidak mempedulikan teguran atau nasihat orang lain);

kesultanan
1. kawasan (wilayah) yang diperintah oleh sultan, kerajaan, negeri (di bawah pemerintahan sultan);

2. istana sultan;

3. kedudukan (taraf) dan kekuasaan atau pemerintahan sultan:
makyung terus-menerus mendapat semacam naungan dari istana Perbaungan sehingga tahun 1946, tahun berlakunya kemusnahan ~ dan kemangkatan Sultan Sulaiman sendiri.

sulit

1. dirahsiakan, tersembunyi, rahsia:
segala perkara yang didapati daripada penyiasatan itu dianggap sebagai perkara ~;

2. tidak terang-terangan, tersembunyi, gelap:
pembunuhan itu terjadi dengan pertolongan secara ~ seorang menteri Jepun;

3. gelap (perkumpulan dan lain-lain), haram;
kumpulan ~ kumpulan penjahat (secara gelap);
pasar ~ pasar haram (di sisi undang-undang);

4. jarang terdapat atau diketemui, susah dicari;
perkataan yang ~-~ perkataan yang jarang-jarang ditemui;

5. sukar, payah, susah:
pertanyaan itu ~ untuk dijawab;

6. sukar, gawat, rumit, ruwet:
perkara ini menjadi bertambah ~ lagi kerana adanya dalam sastera Melayu kebiasaan menyalin atau menyadur;

menyulitkan
1. menjadikan sulit (rumit), menyukarkan, menyusahkan:
soal wang selalu ~;

2. menjadikan sulit (tersembunyi), merahsiakan;

mempersulit menjadikan lebih sulit;

kesulitan perihal sulit, kesukaran, kesusahan, kerumitan:
saudara harus berani menghadapi segala ~;
~ wang
kesukaran berwang, kesukaran mendapatkan wang.

suling III

[Minangkabau] kepala ke bawah dan kaki (buntut dan lain-lain) ke atas, jungkir, tunggang;
~-daling = ~-paling tunggang-langgang, tunggang-balik;

menyulingkan meletakkan kepala ke bawah dan kaki ke atas, membalikkan, menjungkirkan, menunggangkan;

tersuling terbalik (kepala ke bawah dan kaki ke atas), tertunggang.

suling II

1. = sulingan cairan yang diperoleh daripada wap (sesuatu yang direbus, dikukus, dan lain-lain);
air ~ = air sulingan air daripada wap air yang disejukkan;

2. [Brunei] alat daripada tanah liat untuk mendapatkan suling;

menyuling mengewapkan sesuatu (minyak dan lain-lain) dan kemudian menyejukkannya hingga menjadi cairan, membuat wap jadi cairan:
di negeri Arab, air minum disuling daripada air laut;

sulingan cairan yang diperoleh dengan cara menyuling, suling;

penyulingan perbuatan menyuling;
~ berperingkat (Kimia) penyulingan untuk mengasingkan campuran cecair yang mempunyai pelbagai takat didih yang berbeza (dengan menggunakan turus pemeringkatan);
~ stim (Kimia) penyulingan yang dilaksanakan dengan melalukan stim menerusi campuran pepejal mudah meruap atau cecair mudah meruap untuk mengasingkannya daripada bahan yang tidak meruap;

penyuling alat untuk menyuling.

suling I

1. sejenis serunai, bangsi, salung, seruling:
memetik kecapi dan meniup ~ pada waktu malam;

2. = ~ kapal (kereta api) peluit (wisel) untuk memberi semboyan (pada kapal, kereta api);
meniup ~ berbunyi bangsi, maka bangsi itu patah-patah (peribahasa) lain yang dihajati, lain yang diperoleh;

menyuling meniup suling:
Panji ~ Sri menari.