sulut

[Jakarta];

menyulut memasang api, menyalakan:
orang itu memberikan sebatang rokok yang kemudian disulutnya;

sundut III.

sulur I

1. pucuk ranting daripada tumbuhan yang melata atau melilit, carang, julai;

2. akar yang tumbuh daripada cabang dan lain-lain (pokok beringin, ara, dan lain-lain);

3. (Biologi) tunas yang menjulur (daripada tumbuhan seperti bawang dan lain-lain);

4. [Indonesia] garisan (dawai dan lain-lain) yang berlingkar-lingkar seperti spring;
~ batang berbentuk melingkar-lingkar seperti spring;
~ bayung sejenis ukiran yang berupa tunas (pada bumbung dan lain-lain);
~-bulur
a) berbelit-belit tidak keruan;
b) tidak menentu (percakapan dan lain-lain);
~ paut sejenis julai yang tidak berdaun daripada beberapa jenis tumbuhan (untuk berpegang atau berpaut pada batang lain);
~ tiang sambungan pada puncak tiang;

bersulur ada sulurnya, tumbuh sulurnya;

menyulur keluar memanjang (tunas daripada beberapa jenis tumbuhan), menjalar, menjulur;

sulur-suluran tumbuh-tumbuhan yang menjalar (rotan, sirih, dan lain-lain).

sulung I

yang terdahulu (mula-mula sekali), yang tertua;
anak ~ anak yang pertama (tertua);
bahasa ~ perkataan kanak-kanak (ketika mulai bercakap);
buah ~ buah yang pertama (daripada pohon);
gigi ~ gigi yang mula-mula tumbuh.

Suluk III

suku kaum peribumi yang tinggal di pesisiran pantai timur Sabah, terutamanya di daerah Sandakan, Tawau, Lahad Datu dan Semporna.