sumber

1. mata air, perigi, sumur;
~ minyak telaga minyak;

2. asal, mula, punca:
cukai eksport merupakan ~ kewangan negara yang penting;
bahasa ~ sesuatu perkataan
bahasa asal sesuatu perkataan (yang telah menyerap ke dalam bahasa yang lain);

bersumber berasas (pada), bersandar (pada):
konsep sejarah ~ pada peristiwa-peristiwa yang berunsurkan kebenaran hakiki;

bersumberkan mempunyai sesuatu sebagai sumber:
buku yang ditulis ~ falsafah Yunani;
kita tidak dapat menafikan lagi bahawa undang-undang akhlak yang semulia-mulianya haruslah ~ al-Quran dan Sunah.

sumbat

= penyumbat sesuatu yang digunakan untuk menutup lubang (liang, mulut botol, dan lain-lain), pemalam, penutup;
~ botol penutup botol (daripada gabus dan lain-lain);

menyumbat
1. menutup (lubang, liang, mulut botol, dan lain-lain) dengan sumbat, menyumpal:
~ telinga dengan kapas;

2. memasukkan sesuatu (padat-padat) ke dalam, mengisi:
mereka sedang ~ guni-guni tadi dengan barang-barang itu;

menyumbatkan
1. menggunakan sesuatu untuk menyumbat:
dicari kayu hendak disumbatkan pada lubang itu;

2. memasukkan sesuatu ke dalam, mengisikan:
bapanya sedang diikat dan kemudian disumbatkan ke dalam guni;

tersumbat
1. tertutup (dengan sumbat dan lain-lain), tersumpal:
rongga-rongga ini ~ dengan biji-biji gabus;

2. terisi, termasuk:
nasi yang ~ dalam mulutnya menyebabkan dia membisu;

3. seolah-olah tertutup atau tersekat kerongkongan (kerana termengkelan dan lain-lain);

sumbatan hal tersumbat (tertutup atau tersumpal):
gejala yang terakhir ini merupakan tanda bahawa radang sudah mengakibatkan bengkak dan ~ pada saluran nafas;
~ salur itu memerlukan suatu rawatan yang khusus.

sumbar

[Jawa];

bersumbar, menyumbar bercakap besar, menyombong:
mereka sama ~ sahut-menyahut.

sumbang II

~ saran perbincangan intensif untuk menyelesaikan masalah tertentu, mendapatkan idea-idea baru, dan sebagainya.

menyumbang
1. memberikan sesuatu kepada orang yang mengadakan keramaian (sebagai bantuan, sokongan), memberi solok:
banyak orang yang ~ ketika ia mengadakan kenduri;

2. turut membantu atau menyokong (dengan tenaga, wang, dan lain-lain):
mereka ~ ke arah penubuhan Universiti Kebangsaan dengan masa dan tenaga;

menyumbangkan memberikan sesuatu (tenaga, wang, dan lain-lain) sebagai sokongan atau bantuan, memberikan bantuan (pertolongan):
beberapa orang anak muda kami masuk hutan ~ tenaga dalam gerakan gerila melawan Jepun;
namun Islamlah yang ~ ciri-ciri yang dominan dalam kebudayaan Islam;

sumbangan
1. sesuatu yang diberikan sebagai bantuan (kpada keramaian dan lain-lain);

2. bantuan atau pertolongan yang diberikan, sokongan:
mahasiswa kita masih sedikit sekali memberi ~ kepada tanah air;
senarainya telah digunakan di peringkat antarabangsa dan telah memberi ~ yang besar terhadap kajian cerita rakyat;

penyumbangan perihal memberikan sumbangan;

penyumbang orang yang memberikan sumbangan, orang yang menyumbang.

sumbang I

1. tidak mematuhi adat (kebiasaan, kesopanan, dan lain-lain), melanggar adat, tidak sopan:
dia telah melakukan sesuatu yang ~ pada mata dan pengertian masyarakat kampung;
kalau kita tidak suka lagi mematuhi adat ini tidakkah kita dipandang ~ oleh orang ramai?;
anak ~
anak luar nikah, anak haram;

2. salah atau silap (sesuatu perbuatan dan lain-lain), keliru;
langkah ~ tersilap langkahnya (dalam silat);
tegak ~ terkeliru tegaknya (dalam silat);

3. tidak sedap didengar atau dilihat (bunyi-bunyian, perbuatan, kelakuan, dan lain-lain), tidak seimbang atau tidak setara, janggal, palsu, sember;
suara ~
a) suara yang tidak sedap didengar, sember;
b) [kiasan] percakapan bermusuh-musuhan;
~ balai melintang berzina dengan orang yang tidak boleh dikahwini (pada agama atau adat);
~ kadim bermukah dengan keluarga yang rapat;
~ kelakuannya buruk lagi keji kelakuannya;
~ langkah
a) = langkah ~ tersilap langkah (dalam silat);
b) tersalah perbuatan atau gerak-geri, tidak senonoh (perbuatan);
~ mahram perlakuan zina yang berlaku antara dua orang anggota terdekat dalam sesebuah keluarga, misalnya antara abang dengan adik perempuan atau ayah dengan anak perempuannya;
~ melangsi lebih tinggi daripada yang seharusnya (nada suara);
~ pati [sastera lama] bermukah dengan saudara sendiri;
~ salah melakukan zina;

menyumbangkan;
~ langkah
a) sengaja membuat langkah sumbang dalam silat (untuk mengumpan lawan);
b) melakukan sesuatu yang bertentangan dengan adat, melanggar adat;

menyumbang-nyumbangkan memburuk-burukkan atau menghina-hinakan orang (dengan menuduhnya melakukan perbuatan sumbang):
orang lain sudah biasa ~ Hanafi dengan nona pos itu;

kesumbangan perihal sumbang (berkenaan (dengan) perbuatan dan lain-lain), keadaan dan sebagainya sumbang.