ayam ~ ayam yang hitam bulu kakinya;tedung.
Category Archives: Kamus Dewan Online
tadika
akronim bagi taman didikan kanak-kanak.
tadi
1. tidak lama sebelum ini, baru sahaja, baru sebentar yang lalu:
siapa yang datang berjumpa dengan kamu ~?
2. terdahulu dari ini, yang dahulunya:
kedaulatan Bahasa Kebangsaan dalam tahun 1967 kelak akan membuka peluang-peluang pekerjaan yang ~nya tertutup untuk mereka;
3. yang telah (baru) lalu:
malam ~;
petang ~;
4. yang tersebut dahulu, yang baru sahaja disebuntukan:
sebagaimana yang dinyatakan di atas ~ orang ini juga tidak mempunyai wang.
tadbir
urusan mengelola atau menjalankan sesuatu pejabat (kerajaan dan lain-lain), tugas menguruskan sesuatu, pemerintahan:
Tuan Kadi itu menjalankan ~nya;
mangkubumi wazir yang empunya ~ di dalam negeri Johor Darul Takzim; ~ urus korporat (Tadb) cara (tindakan atau sistem) mentadbir, mengurus, mengawal selia dan sebagainya dasar, fungsi, perjalanan dan sebagainya sesebuah organisasi (syarikat dan sebagainya) yang dipertanggungjawabkan kepada Lembaga Pengarah;
mentadbirkan mengurus dan menjalankan (pejabat dan lain-lain), mengelolakan, memerintah:
mereka ini haruslah mempunyai pengetahuan asas untuk mengelola dan ~ perpustakaan;
baik buruknya pemerintahan sesebuah negeri bergantung pada keadaan pegawai-pegawai yang ~ kerajaan negeri itu;
tadbiran (sesuatu) yang ditadbirkan:
bumi ~ manusia;
pentadbiran perbuatan mentadbirkan, pengelolaan, pengurusan, pemerintahan:
dengan adanya pegawai itu, ~ negara tetap berjalan dengan tidak putus-putus;
pentadbir orang yang mentadbirkan, pengelola, pengurus, pemerintah.
tadarus
[Arab] pembacaan al-Quran yang dilakukan secara berkumpulan dan dibaca bergilir-gilir seorang demi seorang sambil disemak oleh ahli-ahli kumpulan;
bertadarus [Arab] membaca al-Quran beramai-ramai hingga tamat (biasanya pada bulan Ramadan):
dalam bulan puasa ramai orang pergi ke masjid untuk bersembahyang tarawih dan ~.
tadak
[Brunei] cacah;
bertadak bertanda pada kawasan tertentu dengan kayu, buluh, dan lain-lain.
tadah III
burung ~ hujan hijau sejenis burung, burung hujan-hujan hijau, Psarisomus dalhousiae psittacinus.
tadah II
~ matahari sejenis tumbuhan (pokok), akar fatimah, kacip fatimah, Labisia pathoina.
tadah I
1. benda yang digunakan untuk menampung sesuatu, bekas (seperti baldi dan lain-lain);
2. sesuatu yang digunakan untuk mengalas benda lain (seperti piring untuk cawan dan lain-lain);
3. perihal menerima barang gelap (curian dan lain-lain);
~ air pinang gigi yang diasah atau dipapas;
~ cawan (gelas, mangkuk) piring alas cawan (gelas, mangkuk);
~ embun sikat pisang yang di atas sekali;
~ kanan menampung angin yang datang dari kanan (untuk membelok ke kiri);
~ keringat (peluh) kain yang dilekapkan pada sebelah dalam baju;
tukang ~ orang yang menerima barang gelap dan lain-lain;
bertadah
1. memakai tadah;
2. menggunakan alas (lapik), beralas;
3. = ~ tangan (amin) mengangkat serta menelentangkan kedua-dua belah tangan (sambil mengucap amin);
menadah
1. menyambut apa yang gugur atau jatuh, menampung:
di atas tergantung beberapa buah tabung dibuat daripada ruas buluh untuk ~ tuak;
2. menerima barang-barang curian (gelap);
~ tangan mengangkat serta menelentangkan kedua-dua belah tapak tangan;
menadahkan
1. menggunakan sesuatu bekas untuk menadah, menampungkan:
Ramli ~ baldinya yang besar itu berhampiran dengan tempayan yang ada di situ:
2. mengangkat dan menelentangkan (kedua-dua belah tangan seperti meminta-minta sesuatu):
~ tangan;
3. mengucapkan (amin ketika berdoa):
~ amin;
tadahan sesuatu yang ditadah:
air ~;
penadahan perihal (proses atau perbuatan) menadah atau menadahkan:
~ air hujan sering dilakukan semasa musim kemarau;
penadah
1. sesuatu yang digunakan untuk menadah, bekas:
dia membuang abu cerutnya ke ~ abu rokok yang terletak di atas meja;
2. [Indonesia] pemain yang menyambut bola dalam permainan kasti.
taci
[Cina], [bahasa percakapan] kakak (perempuan).