[arkaik]taf.
Category Archives: Kamus Dewan Online
tafsir
1. keterangan dan penjelasan berkenaan ayat-ayat Quran (kitab suci):
kuselidiki isi Quran sedalam-dalamnya, ~nya kukaji;
ahli ~ orang yang bijak menerangkan maksud atau tujuan ayat-ayat Quran;
2. = tafsiran keterangan dan penjelasan (maksud ayat dan lain-lain), kupasan, ulasan:
ada manusia yang salah ~ menganggap sajak Salim berunsur cercaan;
berbagai-bagai tafsiran telah diberi terhadap kenyataan tersebut;
juru~ orang yang memberi penjelasan (ulasan dan lain-lain);
mentafsirkan
1. menerangkan maksud (ayat-ayat Quran):
guru itu diminta ~ ayat-ayat Quran yang disebuntukannya;
2. memberi penjelasan (keterangan), mengulas, mengertikan, menjelaskan:
mahkamah mempunyai kuasa untuk ~ perkara undang-undang yang syak dan waham;
tafsiran
1. penjelasan (ayat-ayat Quran), tafsir;
2. hasil mentafsirkan, pengertian, pendapat;
pentafsiran perihal (perbuatan) mentafsirkan (sesuatu);
pentafsir orang yang mentafsirkan, ahli tafsir.
tafsilan
huraian atau keterangan kata (kalimah) secara terperinci.
tafsil
[Arab];
mentafsilkan menghuraikan sesuatu dengan terperinci:
~ perkara yang telah diketahui akal secara umum;
tafeta
sejenis fabrik yang berkilat, nipis dan ringan, biasanya digunakan dalam pembuatan pakaian wanita.
tafakur
[Arab]
1. renungan, perenungan;
2. perihal merenung memikirkan sesuatu;
3. pengheningan cipta;
bertafakur
1. bermenung memikirkan sesuatu dengan sungguh-sungguh:
Raja itu diam lalu tunduk ~ sejurus;
2. menumpukan segenap perhatian dan fikiran pada sesuatu, mengheningkan cita:
semua orang ~ dua minit, kerana mengingatkan pahlawan-pahlawan kita yang telah gugur;
mentafakurkan memikirkan (dengan sedalam-dalamnya);
tafakuran sesuatu yang ditafakurkan.
tafahus
[Arab] penyelidikan yang teliti, pemeriksaan, penggeledahan;
mentafahus memeriksa dengan teliti, menyelidiki, menggeledah:
setelah ditafahus orang kedapatan suatu surat;
mentafahusi mentafahus.
taf
kain ~ sejenis kain sutera.
tae kwan do
sejenis seni mempertahankan diri.
tadung II
[arkaik];
tertadung tersangkut atau terhantuk kaki pada batu (akar), tersandung:
kakinya ~ pada batu.