taman I

1. kebun yang ditanami dengan pelbagai bunga-bungaan (untuk bersenang-senang, berehat-rehat), kebun bunga;

2. [kiasan] tempat bersiar-siar (mengambil angin dan lain-lain);

3. [Jawa] tempat duduk pengantin perempuan (dihiasi bunga-bungaan);

4. kawasan perumahan yang terancang (lengkap dengan kedai, sekolah dan kemudahan-kemudahan lain):
T~ Tun Dr Ismail;
~ asuhan kanak-kanak = ~ bimbingan kanak-kanak
tempat kanak-kanak kecil biasanya dijaga sewaktu ibu bapa mereka bekerja dan lain-lain, taska, tabika;
~ bacaan
a) ruangan atau rumah tempat membaca buku;
b) = ~ pustaka perpustakaan, kutub khanah;
~ bahagia
a) tempat menikmati kebahagiaan;
b) makam untuk pahlawan (yang telah terkorban dalam peperangan);
~ berpusing (bertangkap, mayang) jenis-jenis tempat mandi (berkaitan dengan salah suatu istiadat);
~ botani kawasan yang ditanami pelbagai spesies tumbuhan untuk penyelidikan, pemelajaran dan rekreasi;
~ didikan kanak-kanak kelas atau sekolah kecil untuk kanak-kanak yang berumur antara empat hingga enam tahun (sebelum mereka memasuki sekolah rendah), tadika;
~ hiburan tempat bersuka ria (dengan berjoget, bermain berbagai-bagai mainan, dan lain-lain);
~ hutan (Perhutanan) kawasan hutan yang diurus sebagai kawasan rekreasi atau kawasan bersejarah;
~ larangan [sastera lama] taman bunga khas untuk puteri-puteri diraja sahaja;
~ negara kawasan hutan milik negara yang dijadikan sebagai kawasan perlindungan alam semula jadi, flora dan fauna, atau bahan sejarah;
~ sari kebun bunga (tempat bersenang-senang);
air se~ air yang bercampur dengan berbagai-bagai bunga;

pertamanan hal yang berkaitan dengan taman:
minat kerajaan terhadap penghijauan, pengindahan dan ~ pada akhir-akhir ini sangat menggalakkan;
urusan ~.

tamam

[Arab] sempurna, selesai, tamat:
apabila sudah ~ sembahyang itu, ia pun meminta doa kepada Allah.

tamakninah

[Arab]

1. tetap atau kekal (pendirian dan lain-lain);

2. (dalam sembahyang) berhenti sebentar antara dua rukun sekadar tetap semua anggota pada tempatnya, misalnya antara dua sujud:
rukuk dan ~.

tamak

ingin memiliki sesuatu tanpa batasan, haloba:
jangan ~ akan harta orang;
~ hilang malu, loba dapat kebiasaan
(peribahasa) sesuatu perolehan yang tidak mencukupi menyebabkan seseorang membuat kerja-kerja yang terhina;

ketamakan perihal tamak, kehalobaan.

tamadun

1. keadaan masyarakat manusia yang dicirikan oleh atau didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik, dan lain-lain) yang tinggi, peradaban;

2. negara dan penduduknya yang telah mencapai taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik, dan lain-lain) yang tinggi, peradaban:
~ Arab;

3. budaya atau cara hidup orang-orang (negara, kawasan atau sesuatu zaman) tertentu, peradaban:
~ Islam;
~ klasik;

4. keadaan pemikiran (budaya dan moral) yang halus, peradaban;

bertamadun
1. telah mencapai tamadun, berperadaban, beradab:
barang-barang itu ialah buatan dari negeri-negeri yang lebih ~ dan lebih maju;

2. mempunyai pemikiran (budaya dan moral) yang halus, berperadaban, beradab:
kita mestilah menyelesaikan masalah itu dengan cara yang ~;

mentamadunkan menjadikan bertamadun:
dalam proses perkembangan sistem penjajahan Barat, Tanah Melayu mula ditamadunkan;

ketamadunan perihal tamadun, (segala-gala) yang berkaitan dengan tamadun:
malah drama sendiri merupakan sebagai cermin kepada ~ dan kebijaksanaan sesuatu bangsa.