talun

bertalun-talun, talun-menalun [sastera lama] bergema, bergaung, bergemuruh, bertala-tala:
sekejap kemudian tangis dan ratap kedengaran ~.

talu I

bertalu-talu tidak putus-putus (melakukan sesuatu), berulang-ulang, berturut-turut, terus-menerus:
ia bertanya ~.

talkum

serbuk halus daripada sejenis batu yang lembut untuk membuat bedak;
bedak ~ bedak serbuk yang halus, lembut, dan harum yang disapukan pada muka dan badan, biasanya selepas mandi.

talkin

[Arab]

1. petunjuk atau peringatan tentang soal jawab dalam kubur yang dibacakan kepada jenazah orang Islam selepas sahaja ia dikebumikan;

2. bimbingan mengucapkan kalimah syahadah yang dibisikkan pada telinga seseorang mukmin yang sedang menghadapi saat kematian atau dalam keadaan sakaratul maut;
air ~ air yang disiram ke atas kubur (orang yang baru sahaja dikebumikan) sebaik sahaja talkin selesai dibacakan;

bertalkin membaca talkin:
biar dia sendiri mendengar orang ~ hingga tamat;

mentalkinkan membaca talkin kepada jenazah yang baru sahaja dikebumikan, atau kepada seseorang yang sedang menghadapi saat kematian atau dalam keadaan sakaratul maut.

talidomida

(Perubatan) sejenis ubat penenang yang dahulunya pernah diberikan kepada wanita mengandung sehingga didapati kesannya boleh menyebabkan kecacatan anggota badan bayi yang dilahirkan itu.