bala III

akar ~ sejenis tumbuhan (pokok memanjat), asam nyamuk, petala bumi, Santaloides floridum.

bala II

kejadian buruk yang menimpa diri seseorang (seperti kemalangan dan sebagainya) atau sesuatu tempat (seperti gempa bumi, banjir besar, kemarau, dan sebagainya), bencana, malapetaka:
banjir besar yang melanda bandar raya itu merupakan ~ kepada penduduk di kawasan itu;
(doa, mandi, kenduri) tolak ~
(doa, mandi, kenduri) yang dilakukan untuk menghindarkan diri daripada ditimpa bala;
~ lalu dibawa singgah (peribahasa) dengan sengaja mencari kesusahan dan lain-lain;

= bahala.

bala I

pasukan (biasanya pasukan tentera);
~ bantuan pasukan yang didatangkan untuk membantu;
~ keselamatan [Indonesia] badan yang dibentuk berupa ketenteraan gunanya untuk menyelamatkan orang yang berdosa (Kristian);
~ seribu [sastera lama] sejenis mantera;
~ tentera segenap pasukan tentera dengan alat senjata.

bakup

bengkak pada muka (kelopak mata) kerana kena tinju dan lain-lain, bagup, balut:
mata ~;
mukanya bengkak ~
.

bakung

sejenis tumbuhan (herba yang bunganya berwarna putih), tembaga suasa, Crinum defixum.

bakul sampah

bakul tempat membuang sampah;

membakulsampahkan membuang atau memasukkan ke dalam bakul sampah:
telah beberapa kali ketua pemberita ~ berita-berita yang ditulisnya.