tarak I

[Arab]
1. pengekangan hawa nafsu dengan bertapa (berpuasa, berpantang, dan lain-lain);

2. [Minangkabau] tapa;

bertarak
1. mengekang hawa nafsu (dengan berpantang, berpuasa, dan lain-lain);

2. [Minangkabau] bertapa, mengasingkan diri;

3. [Minangkabau] berlama-lama di sesuatu tempat, lama menanti (menunggukan sesuatu);

pertarakan perihal bertarak, pertapaan.

tarah

rata (selepas dipepat, dirimbas, dan lain-lain);
~ kasau diasah supaya rata (gigi);

bertarah sudah diratakan dengan beliung dan lain-lain (batang kayu dan lain-lain);
sudah ~ berdongkol pula (peribahasa) [Minangkabau] setelah suatu perselisihan diselesaikan timbul pula perselisihan yang lain;

menarah meratakan atau melicinkan (kayu, batu, tanah, dan lain-lain) dengan rimbas dan lain-lain:
dia asyik ~ dan mengukir papan cengal;

tarahan
1. yang sudah ditarah;

2. cara (kaedah) menarah;

penarahan proses (kerja, perbuatan dan sebagainya) menarah:
~ bukit itu dijalankan oleh sebuah syarikat yang membekalkan tanah merah;

penarah alat untuk menarah.

taragon

sejenis herba berwarna hijau dan berbau harum yang daunnya digunakan sebagai perasa masakan, Artemisia dracunculus.

taraf

1. tinggi rendahnya atau buruk baiknya (nilai sesuatu), darjah, mutu, tingkatan:
peradaban mereka telah mencapai ~ yang tinggi;

2. tingkatan kedudukan dalam masyarakat, martabat, darjat:
di pelantaran stesen ramai pembesar negeri berdiri dan berbaris menurut ~ masing-masing;

3. batasan waktu, tingkatan masa, peringkat:
mesyuarat itu masih pada ~ permulaan lagi;
~ hidup
tingkat kemewahan hidup;
~ sosial kedudukan dalam masyarakat, darjat;

setaraf sama taraf, sedarjat, sejajar, setara, setingkatan:
tiap-tiap calon mestilah mempunyai Sijil Rendah Pelajaran atau kelulusanyang ~ dengannya;

menyetarafkan
1. menjadikan setaraf, menyamakan (darjatnya), menyetarakan (dengan), menjajarkan (dengan):
jawatan Peguam Negara sudah disetarafkan dengan menteri;
Sijil Pelajaran Malaysia disetarafkan dengan Sijil Persekolahan Seberang Laut;

2. menyepadankan dengan, menyesuaikan dengan:
dia ~ keperluannya dengan pendapatannya;

bertaraf mempunyai taraf (darjat, tingkatan):
masyarakat mereka masih ~ rendah;
kita ini sebagai bekas anak revolusi dan sekarang ini ~ calon angkatan perang yang rasmi;

menarafkan menentukan darjat (pangkat dan lain-lain):
pembuat dasar ~ negara berdasarkan kriteria dan keadaan yang berbeza-beza;

penarafan
1. perihal atau perbuatan menarafkan:
~ itu dibuat berdasarkan tujuh peringkat skala;

2. (Ekonomi) penilaian terhadap kedudukan sesuatu sekuriti, kewangan, dan sebagainya yang dibuat oleh agensi bebas dengan memberikan gred tertentu berdasarkan kriteria yang ditetapkan:
~ itu juga menggambarkan daya keuntungan bank tersebut.

tara III

[Minangkabau] sejenis alat daripada kayu yang berpaku untuk menggaris kayu;
melampaui ~ melampaui garis (aturan, ukuran).

tara II

selisih atau perbezaan berat kasar dengan berat bersih, potongan harga barang (dalam kiraan peratus) sebagai ganti pembungkusnya.