tarbiah

[Arab] pendidikan, pengasuhan;

mentarbiahkan mendidik, mengasuh;

pentarbiahan perihal (proses, perbuatan atau usaha) mentarbiahkan:
ia seharusnya mengarah kepada ~ kelompok remaja yang berwawasan dan seimbang.

tarawih

[Arab] = sembahyang ~ sembahyang sunat yang dilakukan pada malam hari dalam bulan Ramadan (selepas sembahyang Isyak);

bertarawih melakukan tarawih:
malam ini mereka pergi ~ di surau.

taranum

[Arab] kaedah memperelok atau memperindah bacaan al-Quran secara berlagu:
kami akan mengadakan kelas ~;
dengan adanya guru-guru pendidikan Islam, sekolah itu mampu melaksanakan program ~.

taran

gagang sesuatu alat (cangkul dan lain-lain), gandar, tangkai (pena dan lain-lain).

taram III

~-temaram = taram-taram tidak berapa terang, suram (bulan, bintang, muka), agak redup:
tiba-tiba sinaran bulan yang indah permai di malam itu telah bertukar kelam ~-temaram, udara laut mulai bertiup dengan kencangnya.