= kuih ~ sejenis kuih:
~ nanas;
~ epal.
Category Archives: Kamus Dewan Online
tarsorafi
(Perubatan) pembedahan untuk menjahitkan kelopak mata atas dengan sebahagian atau seluruh kelopak mata bawah bagi menutup atau memendekkan bukaan kelopak mata.
tarsalgia
(Perubatan) sakit pada pergelangan kaki dan tapak tangan.
tarkas, tarkasy
[sastera lama] lubang tempat menyimpan anak panah:
~ berisi anak panah.
taris II
ikat;
menaris mengikat dan membungkus.
taris I
lantai (daripada simen dan lain-lain).
taripas
[Brunei] sejenis burung, serindit, Loriculus galgulus.
taring III
~ pelanduk
a) sejenis tumbuhan (pokok), gigi buntal, Stemonurus capitatus;
b) sejenis tumbuhan (pokok), bunga tampang cina, medang beluluk, pokok ikan mati, tuba buah, Diospyros wallichii; c) sejenis tumbuhan (pokok memanjat), gadung (lilin, mabuk), gadungan, sulur gadung, ubi akas, Dioscorea hispida.
taring II
~ pelanduk
a) sejenis ikan laut, Euxiphippos sexstriatus;
b) sejenis ikan laut, Pomacanthus annularis;
c) sejenis ikan laut, Chaetodontoplus septentrionalis.
taring I
1. gigi yang runcing dan tajam, caling, gigi asu, saing, siung;
2. [kiasan] kekuasaan (keberanian, kekuatan dan sebagainya) untuk melakukan sesuatu:
dia tidak disegani lagi kerana dianggap sudah kehilangan ~nya;
bertaring
1. mempunyai taring, ada taringnya;
2. berbentuk seperti taring:
misainya ~ misainya tajam dan bentuknya seperti taring;
3. ki mempunyai kuasa (keberanian, kekuatan dan sebagainya):
biarlah stesen televisyen lebih ~ daripada pihak penaja.