bayang

= bayang-bayang
1. tempat yang tidak kena sinar kerana terlindung oleh sesuatu benda:
jangan engkau makan dalam ~;

2. lembaga gelap yang wujud pada suatu latar belakang kerana sesuatu benda menahan sinar:
~ orang;

3. gambar pada c

bayan III

[Arab] nyata, terang;
ilmu ~ pengetahuan yang menerangkan erti dan maksud perkataan-perkataan dalam al-Quran;

membayankan [sastera lama] menerangkan, menghuraikan, menjelaskan;

terbayan nyata, jelas, terang.

bayan II

ikan ~(-bayan) sejenis ikan laut, Bodianus spp., Choerdon spp., Scarus spp., Thallosoma spp., dan lain-lain.

bayan I

sejenis burung nuri Psikologittacula spp;
~ api, Psikologittacula alexandri;
~ budiman, Psikologittacula eupatria;
~ lepas, Psikologittacula krameri;
niat hati nak getah ~, sudah tergetah burung serindit
(peribahasa) lain yang diingini, lain yang didapat (diingini adik tetapi mendapat kakak).

bayam

sejenis tumbuhan (herba) yang dibuat sayur;
~ duri sejenis tumbuhan (herba), Amaranthus spinosus;
~ putih
sejenis tumbuhan (herba), Amaranthus viridis;
~ selasih
sejenis tumbuhan (herba), Amaranthus gangeticus.

bayak

1. terlalu besar atau gemuk (tetapi kurang tinggi);

2. besar perut, boyot;

kebayakan perihal bayak (gemuk dan kurang tinggi), besarnya (perut), buncitnya (perut).

baya

umur, usia;
Pak Saleh sudah agak ~ sudah agak berumur;
separuh ~ = setengah ~ setengah umur;

sebaya
1. seumur, sama umurnya:
anak-anak muda yang ~;

2. sama (besar, tinggi, dan lain-lain):
rumah-rumah dalam kelompok itu kelihatan ~ belaka;
ditanamnya anak pisang yang hampir ~ tingginya dengan dia sendiri.