bengkeng

bengis, garang, pemarah:
guru baru itu ~ orangnya;

membengkengi memarahi, mencela;
anak sendiri disayangi, anak tiri dibengkengi (peribahasa) tidak adil (menguntungkan orang yang disayangi);

kebengkengan perihal (sifat) bengkeng, kebengisan, kegarangan.

bengkel

1. tempat membaiki kereta dan lain-lain:
syarikat kerjasama kenderaan Melayu Melaka juga sudah mempunyai ~-~ tempat membaiki kereta;

2. kilang kecil (tempat tukang-tukang bekerja);

3. mesyuarat (perbincangan dan sebagainya) secara berkelompok untuk mengkaji sesuatu atau bertukar-tukar pendapat (idea dan sebagainya) tentang sesuatu:
~ penulisan cerita kanak-kanak;

berbengkel mengadakan, menghadiri atau menyertai bengkel (perbincangan berkelompok):
mereka sering ~, berseminar dan sebagainya untuk menyiapkan projek penulisan itu;

membengkelkan membincangkan sesuatu dalam perbincangan berkelompok;

perbengkelan urusan atau aktiviti berbengkel.

bengkawan

1. bilah buluh yang digunakan sebagai tulang atap rumbia (nipah dan lain-lain);

2. penjodoh bilangan bagi atap:
50 ~ atap.