[Indonesia-Belanda] kulit pembalut kaki (di atas kasut).
Category Archives: Kamus Dewan Online
bengkang III
sejenis kuih;
= bingka.
bengkang II
~-bengkok berkelok-kelok, berliku-liku.
bengkang I
~-bengkong bengkok-bengkok.
bengkalis
sejenis ikan laut, terubuk.
bengkalai
= terbengkalai
1. terabai, terlantar, tersia-sia:
banyak pekerjaannya yang terbengkalai;
2. [arkaik] terdiam, senyap:
duduk terbengkalai;
membengkalaikan mengabaikan, mensia-siakan.
bengkal II
~-bengkil benggal-benggil.
bengkal I
kebengkalan tercekik (oleh makanan).
bengkak
1. benjol pada tubuh (kerana penyakit dan lain-lain), bincul:
~ tangannya sudah mulai berkurang;
2. menjadi benjol (bincul):
mukanya kembang dan ~;
~-bengkil bengkak-bengkak, benggal-benggil;
~ hati sebal hati;
~ gedobong [Kelantan] bengkak yang besar dan berbahaya;
lain ~, lain bernanah (peribahasa) orang lain yang bersalah orang lain yang menanggung akibatnya;
membengkak menjadi bengkak:
tanda-tanda penyakit ini ialah rasa mual, sakit punggung, sesak nafas dan kaki ~;
membengkakkan menyebabkan (menjadikan) bengkak;
pembengkakan perihal (proses dan sebagainya) membengkak:
penggunaan air ini dapat membantu mengurangkan ~;
~ leher ini akan berlaku secara berperingkat-peringkat.
bengkah
membengkah memangkah (gasing dan lain-lain).