bomba

1. alat untuk mengepam air dan lain-lain, pam:
air telaga itu dinaikkan ke atas dengan ~;

2. pasukan yang bertugas untuk memadamkan kebakaran;
ahli ~ orang yang bertugas memadamkan kebakaran;
kereta ~ kereta yang digunakan oleh ahli bomba apabila memadamkan kebakaran;
perkhidmatan ~ perkhidmatan untuk memadamkan kebakaran;

kebombaan segala urusan yang berkaitan dengan perkhidmatan bomba:
dia menjalani latihan asas ~ di Pusat Latihan Bomba.

bom III

1. kayu memanjang di muka kereta (tempat lembu dan lain-lain menarik kereta);

2. [Indonesia] jambatan pelabuhan, pelabuhan.

bom I

senjata yang meletup, menyebabkan kebakaran dan kemusnahan, biasanya digugurkan dari kapal terbang, dilemparkan dengan tangan, atau ditembakkan dengan meriam;
pesawat ~ = pelempar ~ kapal terbang untuk menjatuhkan bom;
~ api bom yang direka khas untuk memulakan sesuatu pembakaran;
~ asap bom yang apabila diletupkan mengeluarkan kepulan asap tebal, biasanya digunakan dalam operasi polis atau tentera;
~ atom = ~ zarah = ~ zat air bom yang daya letupannya disebabkan oleh pembelahan nukleus atom tertentu;
~ hidrogen bom yang daya letupannya disebabkan oleh pelakuran nukleus hidrogen;
~ hidup bom yang belum meletup;
~ jangka = ~ waktu bom yang ditentukan saat meledaknya;

~ lakur sejenis bom yang melibatkan pelakuran nuklear, terutamanya pelakuran isotop hidrogen;
~ laut bom yang dilemparkan ke dalam laut (untuk menghancurkan kapal selam);
~ logik (Komputer) atur cara haram yang tersembunyi di dalam sistem komputer yang boleh mengganggu operasi komputer;
~ napalm bom api yang dibuat daripada petrol yang berbentuk jeli;
~ nuklear (Fizik) bom yang daya letupannya disebabkan oleh pembelahan nukleus unsur tertentu (seperti uranium 235) atau penggabungan dua nukleus (seperti nukleus deuterium dengan nukleus tritium);
~ pembakar bom yang mengeluarkan api (untuk membakar);
~ pemedih mata bom yang diledakkan untuk memedihkan mata orang (dalam tunjuk perasaan yang haram dan lain-lain);
~ petrol bom yang dibuat daripada botol yang berisi minyak petrol dengan sumbunya dicucuhi api sebelum dilontarkan;
~ plastik bom yang menggunakan bahan letupan plastik;
~ tangan bom yang dilemparkan dengan tangan;
~ tarik bom yang diledakkan dengan jalan menarik;

mengebom menjatuhkan bom pada sesuatu, memusnahkan dengan bom:
tentera Jepun telah menawan bandar Nanking dan ~ beberapa banyak bandar lain;

pengeboman perihal (tindakan) mengebom:
Hitler sedang melakukan serangan-serangan dan ~ terhadap Inggeris;

pengebom = kapal terbang ~ kapal terbang yang digunakan untuk mengebom.

bolus

(Biologi) gumpalan makanan yang telah dikunyah dan sedia untuk ditelan atau yang melalui esofagus.

bolt

batang logam yang berkepala pada satu hujungnya dan berbenang skru pada hujung yang satu lagi (digunakan untuk mencantumkan dua benda).

bolot

membolot
1. membalut, membungkus (dengan tergesa-gesa):
badan dan kepala mereka dibolotnya dengan daun ribu-ribu;

2. memenangi, `menggondol, memperoleh:
dia telah berjaya ~ hampir-hampir semua hadiah;
mereka itu ~ getah orang kampung dengan bayaran yang amat rendah;

pembolotan perihal atau perbuatan membolot (membalut, menggondol, memperoleh, dan lain-lain):
ketua-ketua Ghee Hin tidak berasa senang melihat ~ pajak oleh ketua-ketua orang Kek;

pembolot orang (kumpulan, pasukan, dan sebagainya) yang membolot.