(Biologi) cabang salur bronkus yang paling kecil (dalam paru-paru).
Category Archives: Kamus Dewan Online
bromin
(Kimia) unsur bukan logam dalam kumpulan halogen yang merupakan cecair mudah meruap, berwarna merah tua, yang wujud semula jadi dalam air laut, dan digunakan dalam pengeluaran bahan kimia.
bromida
(Kimia) sebatian yang terdiri daripada bromin dengan unsur lain.
bromat
(Kimia) garam atau ester asid bromik.
bromal
(Perubatan) cecair sintetik yang berminyak dan berwarna kekuning-kuningan, digunakan dalam perubatan sebagai ubat penenang.
brokoli
sejenis tumbuhan yang berupa kubis bunga, Brassica oleracea italica.
broker
orang yang kerjanya membeli dan menjual saham, wang asing, atau barang-barang untuk orang lain;
~ insurans orang yang mengendalikan urus niaga pembelian dan penjualan (polisi) insurans bagi pihak-pihak yang terlibat;
~ saham orang yang menguruskan pembelian dan penjualan saham bagi pihak lain;
~ tanah orang yang mempertemukan penjual dengan bakal pembeli atau sebaliknya dalam urusan jual beli tanah;
pembrokeran aktiviti yang berkaitan dengan urus niaga broker.
broked
sejenis kain tebal, berat, biasanya daripada sutera dan ada corak di atasnya.
brisik
bising, ramai (suara dan lain-lain).
brisan
[Indonesia-Belanda];
bom ~ bom yang mudah meledak.