telor

tidak dapat mengucapkan kata-kata dengan sebutan yang betul, pelat:
dari ~ percakapannya dapat diketahui dari mana dia datang;
lidahnya ~
tidak boleh berkata dengan terang (jelas);

keteloran perihal telor (salah ucapan).

teliti

1. cermat (melakukan sesuatu), hemat, saksama:
kumpulan buku yang ada, hendaklah diselidiki dengan ~;

2. dengan sungguh-sungguh, hati-hati, waspada:
gadis yang manis itu turut memerhati dengan amat ~ benar;

meneliti
1. memeriksa (mengkaji, menyelidik) dengan cermat:
mereka ~ pendidikan dan pengalaman kerja yang sudah kulalui;

2. memerhati dengan sungguh-sungguh, memandang tepat-tepat;

ketelitian perihal teliti, kecermatan, kesaksamaan:
dia sedar tentang ~nya menjalankan tugas sebagai seorang ketua parti;

penelitian perihal (kerja dan sebagainya) meneliti, pengkajian, penyelidikan, pemeriksaan;

peneliti orang yang meneliti, penyelidik, pengkaji, pemeriksa.

telingkah

bertelingkah
1. tidak sepakat, berbalah, berbantah, berselisih:
dua orang tokoh yang sentiasa ~;

2. banyak tingkahnya, banyak olahnya;

bertelingkahan saling bertelingkah:
pada umumnya kepentingan mereka ~;

pertelingkahan perihal bertingkah, perbalahan, perselisihan, persengketaan, pertikaian:
~ itu haruslah diselesaikan bersama-sama;

tingkah I.

telinga III

~ badak sejenis tumbuhan (pokok), Crypteronia griffithii;
~ gajah
sejenis tumbuhan (pokok), banik, kubang, (se)kubin, mengkubung, selaru, sepedas, Macaranga gigantea;
~ kelawar
sejenis tumbuhan (pokok), bunga semubut, geroboh, kerubut, se(m)burut, seperuit, Thottea gradiflora;
~ kera
sejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar ara batu , akar api-api, dalu-dalu, mendalu (api), pokok sampu, ulat, setebal, Henslowia umbellata;
~ kerbau
sejenis tumbuhan (pokok), capa, capor, sembang, sembing, sembuh, sembung, Blumea balsamifera;
~ rusa
sejenis tumbuhan (pokok renek), jangka;
daun ~ beruang sejenis tumbuhan (pokok renek), Thottea dependens;rumput ~ tikus sejenis tumbuhan (herba), kekara, ombak-ombak, peparu bindang, rumput sisik betuk (naga), Desmodium heterophyllum.

telinga I

1. pancaindera untuk mendengar (di kiri kanan kepala manusia atau binatang), kuping:
aku membisikkan sesuatu ke ~ nya;

2. = daun ~ bahagian telinga sebelah luar untuk menangkap suara, kuping:
dipulasnya ~ budak yang degil itu;
pangkal (pohon) ~
tempat daun telinga bercantum dengan kepala;

3. sesuatu yang menyerupai telinga (mis pemegang pada barang-barang yang tertentu dan lain-lain);
~ beruk telinga yang rapat pada kepala;
~ biola alat untuk menegangkan (mengendurkan) tali biola;
~ gajah (jabing, jobing) telinga yang lebar;
~ jebang telinga yang menganjur keluar;
~ kuali
a) tangkai tempat mengangkat kuali;
b) [kiasan] orang yang tahan hati walaupun dimarahi dan dikatai oleh orang lain;
~ kucing (kambing, rusa) telinga yang tirus ke atas;
~ nipis (tipis) orang yang lekas marah;
~ telepok layu telinga yang cantik bentuknya;
~ tempayan [kiasan] orang yang tidak mahu mendengar;
~ tikus telinga yang kecil dan tirus;
~ bagai ~ rawah (peribahasa) [Minangkabau]
a) tidak mengendahkan nasihat dan tunjuk ajar orang;
b) tidak berasa malu mendengar perkataan yang tajam;
~ rabit, pasang subang di kaki = ~ rabit dipasang subang kaki, untut dipakaikan gelang, jari kontong dimasukkan cincin (peribahasa) membuat sesuatu yang tidak layak akhirnya menjadi keaiban;
~ yang lembut itu kerap dipulas, yang bodoh juga yang ditipu orang (peribahasa)
a) orang yang pemurah kerap kali menjadi tempat tumpuan orang meminjam;
b) orang yang penurut selalu diperkuda orang;
masuk ke ~ kanan, keluar ke ~ kiri (peribahasa) tidak dapat menerima pelajaran atau nasihat yang diberikan;
pilin ~ saring-saring (peribahasa) [Minangkabau] hendaklah difikirkan habis-habis sebelum mengerjakan sesuatu;
rasa pedih cuping ~ (peribahasa) marah kerana mendengar sesuatu yang tidak patut;

menelinga memasang telinga, mendengar dengan hati-hati (percakapan dan lain-lain):
aku ~ kalau-kalau bunyi itu datang ke bilikku.