telinak

sejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar mentadu, akar putat, akar serobek paya, Gnetum tenuifolium.

telik

(Sunda) ark
1. tajam pelihatannya, awas;

2. = penelik mata-mata gelap, pengintip, penyuluh;

menelik memata-matai, mengintip, menyuluh (rahsia dan lain-lain).

televisyen

1. penyiaran (pemancaran) gambar hidup (gambar bergerak) berserta bunyi menerusi kabel atau udara pada skrin atau kaca peti televisyen;

2. = peti ~ alat yang menerima pancaran televisyen;
~ berwarna = ~ warna televisyen yang menyiarkan gambar berwarna;
~ litar tertutup
a) sistem televisyen yang dipasang untuk memancarkan siaran ke beberapa bilik di dalam tempat atau bangunan tertentu;
b) sistem televisyen yang isyarat videonya dipancarkan daripada satu kamera atau lebih melalui kabel ke satu set monitor yang terkawal, untuk kawalan keselamatan dan sebagainya.

teleton

siaran khas televisyen yang panjang, bertujuan untuk memungut derma tabung kebajikan dan sebagainya.

teleteks

perkhidmatan berita dan maklumat elektronik yang berupa teks dan grafik yang disiarkan di televisyen melalui sistem tertentu, biasanya khusus untuk orang yang melanggan perkhidmatan itu.