[Indonesia], [bahasa percakapan] tempoh, masa, waktu.
Category Archives: Kamus Dewan Online
telutut
[arkaik];
menelutut berlutut, bertelut.
telut II
dapat melukai (berkenaan (dengan) senjata tajam dan lain-lain), lut, mempan, telap;
tidak ~ tidak dapat dilukai, kebal;
lut I.
telut I
bertelut (duduk) berlutut:
maka ketiga-tiganya ~ di tanah memanah.
telusur, menelusur
1. bergerak atau berjalan sepanjang tepi jalan, sungai, dan lain-lain;
2. menjejaki;
menelusuri mengikuti jejak perjalanan, langkah, tindakan dan sebagainya:
tidak ramai pula yang sanggup ~ kejayaan rakan mereka yang telah dan sedang menempa kejayaan.
telus
1. dapat masuk ke dalam lubang dan lain-lain, terus menembus, bulus, celus, lulus;
2. mudah difahami atau diketahui (tiada hal yang tersembunyi, disangsikan dan sebagainya):
setiap keputusan hendaklah dibuat secara ~ dan dilaksanakan segera;
meneluskan menyebabkan telus:
tidak ada peluang ~ sinarnya ke celah-celah pohon yang rendang;
ketelusan keadaan atau sifat yang terus terang (tiada hal yang tersembunyi, disangsikan dan sebagainya):
perlunya ~ dalam urusan kewangan negara;
Malaysia mahu semua negara anggota APEC mengamalkan ~ sebagaimana yang dilaung-laungkan.
telurium
(Kimia) sejenis unsur bukan logam yang digunakan untuk membuat aloi.
telur II
~ ayam sejenis tumbuhan (pokok renek), (se)gerang, hempedu tanah, jentik betina, nyarum, sedoman, semputih kecil, serawai jantan, Psychotria rostrata;
~ belalang sejenis tumbuhan (rumpai), Sporobolus dianders;
~ buaya sejenis tumbuhan (pokok), bunga peresau, bunga tanjung hutan, kemap-kemap, petaling gajah, sangah, selimbar, Homalium longifolium;
~ cicak sejenis tumbuhan (pokok kecil), gelincik, kesami, keteng, lengketing, Myrica farquhariana;
~ ikan sejenis tumbuhan (rumput), kerunung padi, metubung, Panicum repens;
~ kodok biji daripada sejenis tumbuhan (Hyangrophila odorata);
akar ~ bujuk sejenis tumbuhan (akar yang berteras), akar kacang-kacang, akar nyamuk, Agelaea vestita;
kayu ~ sejenis tumbuhan (pokok), Xanthophyllum excelsum.
telur I
benda yang mengandungi lembaga anak (berkenaan (dengan) beberapa jenis binatang seperti unggas, serangga, ikan, reptilia, dan lain-lain) yang umumnya bersaluntukan kulit yang keras:
~ ayam;
~ ikan;
~ katak;
~ asin = ~ masin telur ayam (itik) yang diasinkan;
~ belangkas sejenis kuih;
~ bungkus = ~ kemungkus = ~ tembelang telur yang tidak dapat menetas dan menjadi busuk;
~ busuk = ~ selasih sebarang telur yang busuk;
~ cacak = ~ joran = ~ merah bunga telur (dalam majlis perkahwinan);
~ dadar telur (ayam dan lain-lain) yang diaduk lalu digoreng;
~ gabus
a) telur ikan gabus;
b) sejenis penganan yang dibuat daripada tepung beras (terigu) dan rupanya seperti telur ikan gabus;
~ kubis (kol) bakal bunga yang ada dalam kubis;
~ kemeruk = ~ kemuruk = ~ sembohok telur yang menjadi busuk setelah lembaganya terjadi;
~ mata sapi = ~ mata lembu telur ayam yang digoreng bulat-bulat (tidak dipecahkan merahnya);
~ rebus telur yang direbus sehingga keras isinya;
~ separuh masak telur yang dimasak dengan cara merendamnya dalam air mendidih selama lebih kurang 7 minit (supaya tidak masak keras seperti telur rebus);
~ terubuk telur ikan terubuk;
masih dalam ~
a) masih dalam kandungan ibu;
b) belum wujud lagi (masih dalam rancangan dan lain-lain);
ibarat ~ sesangkak, pecah satu pecah semuanya = seperti ~ dua sebandung, pecah satu pecah keduanya (peribahasa) orang yang semuafakat itu sama hidup sama mati dan tidak berubah setianya;
seperti ~ di hujung tanduk (peribahasa) orang yang dalam keadaan yang amat sulit (salah sedikit dapat bahaya);
bertelur, menelur ark
1. mengeluarkan telur:
sungguhpun katak hidup di darat, tetapi biasanya ia kembali ke air untuk mengawan dan ~;
2. [bahasa percakapan] buang air besar, berak;
3. [kiasan] menggugurkan bom (dari kapal terbang), mengebom;
4. [kiasan] mendatangkan hasil (keuntungan);
menelurkan
1. mengeluarkan telur, bertelur;
2. [kiasan] [bahasa percakapan] menerbitkan, menciptakan, menghasilkan, mewujudkan:
percubaannya itu tidak ~ hasil;
perbincangan antara menteri-menteri luar tiga kuasa besar mungkin akan ~ suatu sidang kemuncak;
3. menggugurkan (menjatuhkan) bom, mengebom.
telunjuk
1. = jari ~ jari antara jari hantu dengan ibu jari:
tutup ketat-ketat lubang pam basikal itu dengan ~ tangan kiri;
2. [kiasan] perintah, kemahuan, suruhan:
orang-orang Belanda sangat pandai mengambil hati orang-orang besar kita yang mahu mengikut ~nya;
~ lurus kelengkeng berkait (peribahasa) perihal orang yang pada lahirnya kelihatan baik tetapi di dalam hatinya jahat;
~ mencucuk (merosok, menikam) mata (jari) (peribahasa) orang yang dipercayai berbuat khianat kepada kita;
menggigit ~ (peribahasa) tidak tercapai maksud;
runcing ~ memalit sambal lada (peribahasa) perihal hidup miskin dan melarat;
sebusuk-busuk ~ , ~ juga pencolek tahi mata (peribahasa) sejahat-jahat kaum keluarga kalau seorang dihinakan orang semuanya akan turut membelanya.