tidur

1. dalam keadaan tidak sedar dengan mata terpejam (kerana berehat):
siang bekerja malam ~;
~ (-tidur) ayam
tidur yang tidak lena (mudah terjaga);
~ lelap (lena, lenyak, nyenyak, senyap) tidur benar-benar (sehingga tidak mudah dikejuntukan);
~ mati tidur dengan sangat lenanya;
baju (pakaian) ~ baju (pakaian) yang khusus dipakai untuk tidur, pijama;
bilik (kamar) ~ bilik tempat orang tidur;
kaki (tukang) ~ [bahasa percakapan] (orang yang) sangat suka atau sangat mudah tidur;
penyakit ~ sejenis penyakit yang menyebabkan orang yang menghidapnya selalu hendak tidur;
tempat ~
a) bilik (bangunan) tempat orang tidur;
b) ranjang;
ubat ~ = penidur ubat yang menyebabkan tidur;

2. = masuk (pergi) ~ hendak (pergi untuk) berehat dengan memejamkan mata dan tidak sedar diri:
biar aku sahaja menyudahkan kerja ini, kau boleh pergi ~ ;

3.
a) berbaring;
b) = tidur-tidur berbaring-baring (kerana berehat dan lain-lain);
~ tak lelap, makan tak kenyang (peribahasa) perihal orang yang tidak tenang fikirannya (kerana runsing, rindu, dan lain-lain);
bagai ~ di atas miang (enjelai) (peribahasa) perihal orang yang sangat gelisah (kerana banyak perkara yang difikirkannya dan lain-lain);

meniduri
1. tidur (berbaring) di:
di atas bangku yang di kejauhan sana, nampak gadis ~ pangkuan pacarnya;

2. bersetubuh dengan, menyetubuhi;

menidurkan
1. membuat supaya tidur, membaringkan supaya tidur:
sesudah ~ anaknya barulah dapat ia bersenang-senang;

2. membaringkan, merebahkan:
kemudian hendaklah ditidurkan pasu itu supaya batang pokok itu sekarang mengarah ke tepi;

3. [kiasan] menjadikan lalai (cuai, tidak bersemangat, dan lain-lain), melalaikan:
janganlah kita ~ kembali masyarakat kita yang sudah mulai sedar sekarang;

4. menyembuhkan (menghilangkan dan lain-lain) dengan tidur:
~ pening kepala;

tertidur
1. (sudah) tidur:
dia merapati katil dan mendapati anaknya sudah ~;

2. mulai tidur:
kian lama mata bapa kian pudar, dia ~;

3. dengan tidak sengaja tidur:
kerana terlalu letih dia ~ di kerusinya;

ketiduran
1. = tempat ~ tempat tidur:
nasihat itu menghadapkan kenang-kenangannya ke tempat lain, jauh dari ~nya dewasa itu, ke rumah isterinya;

2. tertidur (dengan tidak sengaja), lama sungguh tidur;

ketidur-tiduran selalu mengantuk (hendak tidur);

setiduran = seketiduran;

seketiduran
1. setempat tidur, tidur bersama-sama;
selapik ~ (sahabat) sangat karib;

2. teman tidur;

berseketiduran
1. tidur bersama di suatu bilik (katil dan lain-lain);

2. bersetubuh;

petiduran tempat tidur;

penidur
1. (orang yang) selalu tidur atau sangat mudah tidur, kaki tidur, tukang tidur;

2. = ubat ~ ubat (pil dan lain-lain) yang menyebabkan tidur lena.

tidak

digunakan untuk menyatakan bukan (menafikan, menolak, menghalang, dan sebagainya), tiada, tak:
rumah saya ~ jauh dari sini;
cerita itu ~ benar;
~ alang
tidak (bukan) sedikit, banyak;
~ apa
a) = ~ apa-apa tidak ada sesuatu;
b) tidak mengapa;
~ boleh (dapat) ~ pasti, sudah tentu, mesti, tidak boleh diingkari (diabaikan dan lain-lain);
~ lain dan ~ bukan (ialah, hanyalah)
a) tidak lain daripada …;
b) hanya;
~ (tak) main [bahasa percakapan] tidak pakai, tidak mengamalkan sesuatu;
~ sekali-kali
sedikit pun tidak;
~ urung tidak dapat tiada, tidak boleh tidak;
baik ~nya baik atau tidak baiknya, baik buruknya;
dapat ~nya dapat atau tidak dapatnya;
jangan ~
a) tidak boleh tidak, harus;
b) tidak dengan sungguh-sungguh;

tidak-tidak (yang) bukan-bukan, (yang) ganjil-ganjil (mustahil, tidak dapat diterima akal, dan lain-lain):
terbitlah berbagai-bagai perkataan yang ~, yang boleh membingungkan dan menyusahkan hati;

setidaknya, setidak-tidaknya
1. sekurang-kurangnya:
kalau tidak dapat memberi berapa yang diminta, setidak-tidaknya berilah berapa yang boleh;

2. barang sedikit (mesti…);

3. bagaimanapun (mesti…);

bertidak mengatakan tidak, menafikan:
anaknya meratap dan ~ akan tuduhan-tuduhan itu;

menidakkan, mempertidak, mempertidakkan menjadikan (menganggap, mengatakan, dan lain-lain) tidak ada, meniadakan:
kpada mereka ~ atau melanggar adat resam ini akan menjadi kesalahan besar;
dipertidaknya laki-laki kita oleh Betara Majapahit maka kita dikirim subang;

ketidak…an perihal tidak…;

ketidakadilan perihal tidak adil;
ketidakpastian perihal tidak pasti;
ketidaksungguhan perihal tidak sungguh-sungguh;
ketidakupayaan perihal tidak berupaya.

tibia

(Biologi) salah satu tulang yang bersendi dengan lutut dan tulang pergelangan kaki.

tiba-tiba

dengan tidak disangka-sangka, dengan mendadak, sekonyong-konyong:
sebuah kereta berhenti dengan ~ di hadapan mereka;
hujan turun dengan ~ .

tiba

1. sampai (di), datang:
apabila kereta api ~ di stesen itu ramai penumpang yang turun;
mereka sedia menerima sebarang bahaya yang akan ~;

2. sudah sampai (waktu dan lain-lain), sudah mulai:
setelah ~lah masanya;
kalau ~ musim lada itu bukan buatan ramainya orang berjual beli;

setiba sebaik-baik tiba, sesampai, seketika selepas tiba:
~nya di Pulau Pinang beliau telah melakukan upacara pembukaan bangunan UMNO;

ketibaan perihal tiba (sampai), kesampaian, kedatangan:
~ Nabi di Madinah disambut dengan sangat meriahnya.

tib

[Arab]
1. = ilmu ~ ilmu mengenai ubat-ubatan;

2. = kitab ~ kitab mengenai ubat-ubatan.