tikas

1. deretan sampah-sarap (lumut dan lain-lain) yang ditinggalkan di pantai oleh air pasang;

2. tanda paras air di pantai dan lain-lain:
~ air didapati pada takat berbahaya selepas hujan lebat selama beberapa jam;
~ pasang (Geografi) bekas air pasang;
~ surut (Geografi) bekas air surut;

3. bekas, tekanan, kesan.

tikar

sejenis hamparan daripada anyaman daun mengkuang dan lain-lain yang dibentangkan sebagai alas duduk (tidur dan lain-lain);
~ bangkar sejenis tikar yang kasar anyamannya;
~ bantal tikar dan bantal (segala alat untuk tidur);
~ getah
a) sejenis tikar kecil daripada getah (untuk lapik tidur bagi kanak-kanak);
b) sejenis tikar yang dibuat daripada bahan buatan untuk melapis lantai;
~ ladang sejenis tikar yang kasar anyamannya;
~ pacar tikar yang berwarna;
~ putih tikar yang tidak berwarna atau bercorak;
~ rumput sejenis tikar yang dibuat daripada rami (menerung, pisang, dan lain-lain);
~ sejadah = ~ sembahyang tikar (permaidani kecil dan lain-lain) yang digunakan sebagai tempat sembahyang;
ganti (menggantikan) ~ = lepas bantal berganti ~ (peribahasa) berkahwin dengan adik isterinya (atau saudara suaminya) yang telah meninggal;

bertikar mempunyai atau ditutupi tikar:
mahu tidak mahu, kami terpaksa juga duduk atau berbaring di atas lantai simen yang tidak ~ itu;

bertikarkan mempunyai atau menggunakan sesuatu sebagai tikar:
kami ditempatkan di sebuah pondok yang beratap rumbia dan ~ buluh.

tikam II

~ dadu main dadu;
~ ekor sejenis judi dengan mempertaruhkan wang pada nombor-nombor terakhir keputusan loteri atau lumba kuda;

menikam mempertaruh wang dalam perjudian (loteri dan lain-lain), membeli tiket loteri dan lain-lain;

tikaman = wang ~
1. (wang) pertaruhan dalam perjudian (loteri dan lain-lain);

2. wang pasangan (dalam permainan meneka sesuatu dan lain-lain).

tikam I

perbuatan menusuk dengan benda tajam (seperti pisau, keris, dan lain-lain);
~ membunuh tusukan yang membunuh;
~ seladang [Kelantan] sejenis permainan kanak-kanak;
luka ~ luka kerana tusukan dengan senjata dan lain-lain;

bertikam, bertikam-tikaman, bertikaman, tikam-menikam saling menusuk dengan senjata (seperti pisau dan lain-lain):
maka orang mengamuk itu pun datang, lalu ~ dengan Raden Kelang;
mereka menaiki perahu lanun itu dan bertikam-tikaman dengan hebat;
~ lidah
berdebat, berbahas, berbantah, bertengkar;

bertikamkan sl
1. menikamkan:
maka kedelapan hulubalang itu bertetakan pedang dan ~ tombak;

2. bertikam untuk:
kurang ia berlawankan yang dipertuan lebih ia ~ anak isterinya;

menikam
1. menusuk (dengan pisau dan lain-lain), mencucuk atau melukai (dengan senjata tajam):
ada orang yang telah mati ditikamnya;

2. seolah-olah masuk ke dalam tubuh dan lain-lain, menerbitkan (mendatangkan) sesuatu kesan yang terasa benar:
angin malam kian ~ ke tulang sumsum;
hentakan kaki bergema ~ gegendang telinganya;

3. [kiasan] menyakiti, melukai, menyinggung;
~ jantung (hati, perasaan) ki menyakiti perasaan (fikiran);

menikami banyak kali menikam:
aku bertikam dengan engkau, kelak orang lain datang ~ aku;

menikamkan menusukkan (pisau dan lain-lain), membenamkan senjata (ke dalam tubuh dan lain-lain);

tertikam ditikam, telah ditikam, ditikam dengan tidak sengaja;

tikaman hasil menikam (dengan pisau dan lain-lain), tikam, tusukan:
dengan pantas panglima Hitam melompat mengelakkan ~ itu;

pertikaman
1. pergaduhan dengan tikam-menikam;

2. [sastera lama] orang yang bersenjatakan tombak:
ada pun orang ~ku yang empat ribu, kusuruhkan mengamuk di dalam negeri Melaka;

penikaman perbuatan menikam;

penikam
1. orang yang menikam;

2. sesuatu (senjata) untuk menikam.

tikai

selisih, beza:
badannya sendiri belumlah berubah, masih belum banyak ~nya dari dahulu;

bertikai
1. berbeza, tidak sama (dengan):
lukisan ini ~ sangat dengan mukanya;

2. berbantah, bersengketa, bertelingkah, berselisih (faham):
sejak keluarga masing-masing ~, perhubungan mereka tidak mesra lagi;

3. bertentangan (dengan), bersalahan (dengan):
tindakan-tindakan itu ~ dengan peraturan-peraturan yang telah dipersetujui;

menikai tidak menyetujui, membantahi, menentang;

mempertikaikan
1. memperbezakan;

2. mempersoalkan, memperbantahkan, memperdebatkan;

pertikaian
1. perselisihan, perbezaan;

2. pertelingkahan, perkelahian, persengketaan, pertentangan (faham, pendapat):
segala ~ dapat diselesaikan secara aman menerusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.