tias

~ mula sejenis tumbuhan (pokok), beberas, kamap, kemap-kemap, pauh kijang jantan, petaling gajah, selimbar, selumar, Homalium logifolium.

tiarap

bertiarap = meniarap;

meniarap berbaring dengan dada dan perut di bawah, menelungkup (lawan menelentang):
ia ~ di katil dan menyembamkan mukanya ke bantal;

meniarapkan membaringkan (merebahkan, meletakkan, dan lain-lain) dengan bahagian depan atau bahagian atas ke bawah, menelungkupkan:
Pak Imam menelungkupkan kedua-dua belah tangannya dan para jemputan turut ~ tangan masing-masing;
ia ~ pinggan mangkuk yang baru dicuci supaya kering;

tertiarap jatuh, rebah, dan lain-lain dengan bahagian depan (atas) ke bawah, tertelungkup, tengkurap:
dia gelisah, kadang-kadang ~, kadang-kadang terlentang memandang bumbung;
biar tersenget jangan ~
(peribahasa) lebih baik rugi sedikit daripada habis semua sekali.

tiap II

[Cina]

1. sekali makan atau minum (berkenaan (dengan) ubat);

2. = wang ~ wang yang dibayar kepada tuan punya rumah supaya boleh menyewa rumahnya, wang kunci, duit kopi;

meniapkan menyewakan rumah dengan meminta wang kunci.

tiap I

setiap, tiap-tiap
1. satu-satu daripada banyak, masing-masing:
~ orang yang diambil bekerja akan dilatih terlebih dahulu;
~ buah kereta mesti didaftarkan;

2. berurutan atau yang satu mengikuti yang lain (berkenaan (dengan) masa), saban:
~ hari (malam) saban hari (malam);
~ ketika (masa, waktu) sepanjang masa, sentiasa.

tiang

1. kayu yang dipasang tegak untuk menyokong sesuatu bahagian bangunan (seperti lantai dan lain-lain):
kesemua ~ rumah itu daripada kayu jati;

2. tonggak (daripada kayu, besi, dan lain-lain) yang ditanam atau didirikan tegak untuk kegunaan tertentu;
~ bendera tiang untuk mengibarkan bendera;
~ telegraf (telefon) tiang untuk digantungkan wayar telegraf (telefon);
mengibarkan bendera setengah ~ menaikkan bendera ke takat separuh tiang (sebagai alamat berdukacita atau berkabung);

3. kayu dan lain-lain yang didirikan tegak dalam kapal untuk memasang layar;

4. [kiasan] orang atau sesuatu yang menjadi unsur atau sumber kekuatan (kesempurnaan dan lain-lain) sesuatu:
pemuda harapan bangsa, pemudi ~ negara;
~ agama
solat (dalam Islam);
~ agung tiang kapal yang terpenting;
~ balai badan penasihat yang terdiri daripada empat orang untuk menasihati Undang di Negeri Sembilan;
~ beralas tiang rumah yang berasas (berlapik) batu;
~ gantung tiang yang tidak jejak ke tanah (untuk menyambung bahagian tambahan rumah kepada rumah ibu);
~ gol satu daripada dua tiang yang dihubungkan dengan kayu palang untuk matlamat tendangan bola;
~ guntung tiang perahu yang papak pada puncaknya;
~ kampung orang yang tertua dalam kampung;
~ negara orang dan lain-lain yang menjadi sumber kekuatan negara;
~ seri (tengah, sendi rumah) tiang rumah yang mula-mula sekali didirikan (letaknya di tengah-tengah rumah);
~ topang tiang depan (perahu);
~ pandak hendak menyamai ~ panjang (peribahasa) hendak meniru-niru orang kaya (orang besar-besar);

bertiang mempunyai tiang, ada tiangnya;

bertiangkan mempunyai atau menggunakan (sesuatu) sebagai tiang, bertonggakkan.

tian I

1. bahagian perut tempat bayi berada semasa dalam kandungan, kandungan;
dalam ~ mengandung, hamil;
mandi ~ istiadat mandi waktu sedang mengandung (biasanya apabila kandungan berusia tujuh bulan);

2. anak (mamalia) yang masih dalam kandungan:
bagaimanakah caranya ~ binatang mamalia mendapat makanan dan oksigen sebelum ia dilahirkan;

bertian mengandung, hamil;

meniani membuntingi, menghamilkan.

tiamina

sejenis vitamin B kompleks yang terdapat pada sayuran hijau, jagung, kuning telur dan hati, yang kekurangannya boleh mengakibatkan penyakit beriberi, vitamin B1.