tulus

= ~ hati = ~ ikhlas lurus hati, ikhlas, jujur, terus terang:
dengan rasa ~ ikhlas ia menyambut panggilan orang itu;

menuluskan menjadikan tulus (bersih, suci), membersihkan (niat dan lain-lain):
hendaklah tuluskan hatimu pada berbuat kebai

tuluk

[Kelantan] [kata seru] untuk menyatakan permainan menyorok dimulakan, jadi.

tuli-tuli

sejenis tali (daripada benang sutera, emas, perak, rotan, dan lain-lain) untuk melekatkan sarung keris pada tali pinggang.

tulis

batu ~
a) papan batu (untuk menyurat);
b) = batu bertulis batu bersurat, prasasti;
bilik ~ bilik tempat menyurat (membaca dan lain-lain);
buku ~ = kitab ~ buku kosong untuk menyurat;
kain ~ kain batik;
kapur ~ kapur untuk menyurat pada papan hitam dan lain-lain;
mesin ~ alat untuk menaip, mesin taip;
seperti ~ di atas air (peribahasa) nasihat yang baik itu tidaklah berguna kepada orang yang memang jahat;

bertulis ada tulisannya, sudah ditulis, bersurat:
surat yang ~ dengan huruf Jawi;
batu ~
batu tulis;
~ tangan disurat dengan tangan;

menulis
1. mencatat kata-kata dengan huruf dan memakai pena (kalam, kapur, pensel, dan lain-lain), menyurat:
pada masa kanak-kanak berada di dalam darjah satu, mereka mulai belajar ~;

2. melahirkan perasaan (fikiran dan lain-lain) dengan catatan yang memakai huruf, membuat surat, mengarang:
tiada empat orang dalam negeri ini yang tahu ~ seperti tuan ini;
jika yang ditulis olehnya berlawanan dengan yang sebenarnya sudah tentu ia akan merupakan racun yang amat berbahaya;

3. [sastera lama] membuat gambar, menggambar, melukis:
laksana gambar baru ditulis;

4. membuat kain batik (dengan tangan), membatik;

tulis-menulis perihal menulis (mengarang dan lain-lain), karang-mengarang;

menulisi menulis (menyurat) pada:
jangan ditulisi buku ini;

menuliskan
1. menulis sesuatu di, mencatatkan:
dia meminta kertas daripada jururawat, lalu ~ namanya;

2. menggunakan sesuatu untuk menulis, menulis dengan (pensel dan lain-lain):
bagaimana hendak ~ pensel yang tumpul ini?;

3. menceritakan dengan menulis, mengarangkan, menyuratkan:
cerita ini kutuliskan secara roman sejarah;

4. menulis (mengarang, menyurat) untuk orang lain:
dia meminta saya ~nya sepucuk surat;

5. membuatkan gambar (peta dan lain-lain), menggambarkan, melukiskan:
inilah waktu baik engkau tuliskan peta negeri Judah ini;

tertulis telah atau sudah ditulis, tercatat, tersurat:
harga yang ~ pada peti itu ialah $7.50 sen;

tulisan
1. hasil daripada menulis, sesuatu yang ditulis, cara menulis:
rupa ~mu seperti cakar ayam;
dengan ~
dengan ditulis (tidak dengan kata-kata);

2. hasil sastera (dalam bentuk prosa atau puisi), karangan:
pernahkah dia membaca ~ Bertrand Russell?;

3. [sastera lama] sesuatu yang digambarkan, gambaran, lukisan;

4. kain yang dibatik (bukan dicetak), batik;

5. sesuatu yang ditakdirkan, nasib, suratan;
~ cepat [Indonesia] trengkas;
~ Jawi tulisan yang memakai huruf-huruf Jawi;
~ nasib suratan takdir;
~ Rumi tulisan yang memakai huruf-huruf Rumi;
~ tangan tulisan yang ditulis dengan tangan (tidak ditaip atau dicetak);

penulisan perihal atau kegiatan dan sebagainya menulis (mengarang dan lain-lain), hasil daripada menulis (mengarang dan lain-lain):
dalam usaha meringankan hikayat ini saya telah mengikuti gaya ~ yang asal;
versi 1965 ialah ~ kembali teori asal dengan beberapa pindaan dan tambahan;

penulis
1. orang yang menulis:
siapa ~ surat ini?;

2. pengarang (novel, cerpen, dan lain-lain), penyair, penyajak:
hampir semua orang yang hadir pada majlis itu ialah wartawan dan ~ belaka;

3. panitera, setiausaha, sekretaris;
~ cepat jurutrengkas;

4. [sastera lama] orang yang melukis (menggambar), penggambar, pelukis: setelah dilihat oleh segala Keling ~ itu, maka sekaliannya hairan;
~ tamu
tokoh khas yang diundang oleh sesebuah institusi, badan dan sebagainya untuk menghasilkan karya tulisan yang berupa novel, puisi dan sebagainya.

tulip

sejenis tumbuhan taman daripada genus Tulipa di negara beriklim sederhana seperti Belanda, yang tumbuh daripada bebawang, dan bunganya berbentuk seperti loceng yang terdapat dalam pelbagai warna.

tuli

tidak dapat mendengar (kerana rosak alat pendengaran), pekak;
~ sebelah tidak dapat mendengar dengan sebelah telinga;
buta ~ tidak mempedulikan sesuatu apa;

menulikan = ~ telinga
1. menyebabkan jadi tuli (kerana terlalu kuat bunyinya dan lain-lain), memekakkan:
teriakan penjaja itu ~ telinga;

2. membuat tuli (dengan sengaja), berpura-pura tuli (kerana tidak mahu mendengar dan lain-lain);

ketulian perihal tuli, kepekakan.