tumpil

[Jakarta] sesuatu yang digunakan untuk menyokong (menyangga, menopang, dan lain-lain), galas, sangga, sokong, tunjang;

menumpil menopang sesuatu (supaya jangan rebah, runtuh, dan lain-lain), menyangga, menyokong, menunjang.

tumpi

makanan yang dibuat daripada tepung beras, ditaburi kacang hijau, dicampur dengan jintan putih, dan digoreng berkeping-keping.

tumpeng

[Jawa] nasi yang dikukus dan dibentuk seperti kerongsong (untuk kenduri dan lain-lain).

tumpat

1. penuh berisi (ruang, rongga, dan lain-lain), penuh sesak, padat, sendat:
orang yang menghadap itu hingga bertemu lutut ~ , tiada bersila lagi;
~ mampat (tumpul)
= penuh ~ penuh betul (mampat, sesak);

2. tidak berongga, mampat, padu:
kayu keras lebih ~ daripada kayu lembut;

3. [kiasan] tidak dapat berbuat apa-apa lagi (kerana hilang akal dan lain-lain), terbuntu (fikiran dan lain-lain), tersuntuk:
kerana kematian ibunya itu, fikirannya menjadi ~;

menumpat, menumpatkan
1. mengisi (menimbus dan lain-lain) hingga penuh, memadatkan (lubang dan lain-lain):
~ perigi buta;

2. ki menutup (mulut), menyumbat;

tertumpat tertimbus (tertimbun dan lain-lain) hingga penuh, tersumbat;

ketumpatan
1. perihal (keadaan) tumpat, kepadatan;

2. (Matematik) kadar atau nisbah yang didapati apabila berat sesuatu benda dibahagi dengan isi padunya.

tumpas I

habis sama sekali, binasa, punah:
tanamkan ke dalam hatimu, saudara-saudara, bahawa komunis pasti ~ dari bumi Asia Tenggara;

menumpas, menumpaskan menjadikan binasa (rosak, punah) sama sekali, memunahkan, memusnahkan:
mereka memimpin pasukan negeri untuk ~ pemberontakan;
beliau telah berjaya menumpaskan ancaman komunis di negerinya;

ketumpasan perihal tumpas;

= tumbas.