1. = bukannya sebenarnya tidak, berlainan daripada yang sebenarnya:
anak itu ~ bodoh tetapi malas;
ini ~ kali pertama ia datang ke mari;
~ begitu cara membuat kerja;
2. untuk menyatakan pertanyaan yang mengeraskan dugaan (pada akhir ayat):
ini bukumu, ~?~ barang-barang(sebarang) bukan biasa (sahaja);
~ buatan (kepalang, main) amat sangat;
~ logam unsur yang lain daripada logam;
bukankah = bukantah apakah bukan;
sebukan seia ~ seia sekata;
bukan-bukan
1. mustahil, tidak munasabah, tidak beralasan, tidak benar:
fitnah yang ~;
memikirkan perkara yang ~;
bertanya yang ~;
melepaskan kata nista yang ~;
2. amat sangat:
~ bodohnya;
membukankan menafikan, memungkiri, mengingkari:
mereka ~ ajaran Nabi Muhammad.