buka

1. ukuran panjang dan lebar sesuatu, luas:
sebuah gua yang luas, ~nya tiga puluh hasta dari kiri ke kanan dan tiga hasta dari atas ke bawah;
ruang tamu itu ~nya 7m 5m;

2. jarak lintang sesuatu:
~ jalan itu tiga depa;
jambatan yang sedang dibina itu ~nya 10 meter;

berbuka = ~ puasa mengakhiri puasa dengan makan dan minum ketika masuknya waktu maghrib;

membuka
1. menjadikan tidak tertutup (bertutup):
~ almari;
~ bungkusan;
~ mata;
~ peti;
~ pintu;
~ tabir;

2. menanggalkan, melucuntukan:
~ baju (pakaian);
~ kupiah (songkok, topi, dan lain-lain); ~ kasut;

3. melepaskan, menguraikan, menetaskan:
~ buhul;
~ simpul;
~ tali;

4. membentangkan, mengembangkan:
~ tangan;

5. [bahasa percakapan] menghidupkan (lampu, kipas, radio, dan sebagainya) dengan memetik suisnya, memasang;

6. menebang-nebas (untuk membuat atau mengusahakan sesuatu), merintis, meneroka;
~ hutan menebang kayu-kayan untuk dijadikan tempat menanam dan lain-lain;
~ jalan
a) menebas semak dan lain-lain untuk membuat jalan;
b) membenarkan orang (kenderaan dan sebagainya) lalu, memberi jalan;
c) [kiasan] pertama-tama mengerjakan sesuatu (yang memudahkan usaha seterusnya oleh orang lain), merintis jalan, memelopori;
d) memastikan kemungkinan (mendapat sesuatu yang dipohon dan sebagainya), memberikan panduan;
~ kebun menebas semak dan lain-lain untuk dijadikan kebun;
~ negeri menebas hutan untuk dijadikan negeri;
~ tanah menebas hutan untuk mendapat tanah bagi pertanian;

7. memberikan, mengadakan (peluang dan lain-lain):
~ peluang pekerjaan yang luas kepada penduduk;

8. memulai atau memulakan (sesuatu), mula menyelenggarakan (menguruskan, menggerakkan, dan sebagainya);
~ bicara = ~ kata memulakan bicara; ~ mesyuarat (perundingan, rapat, sidang) memulai mesyuarat dan lain-lain;
~ kedai (toko, perusahaan , sekolah) memulakan kegiatan kedai dan lain-lain;
~ serangan memulakan serangan;

9. mendedahkan, memperlihatkan:
~ hati;
~ rahsia (tembelang);
~ warna;
~ faal
melihat tenung (untuk meramalkan);

10. menimbulkan rasa ingin atau mahu melakukan sesuatu (seperti makan dan lain-lain):
~ selera (nafsu dan sebagainya);

10. mengumumkan dengan rasmi (bahawa sesuatu itu sudah sedia untuk digunakan dan sebagainya), merasmikan:
Menteri Pendidikan akan ~ bangunan baru sekolah itu;
12. membenarkan (memberi peluang kepada) orang ramai untuk menyertai (menyaksikan dan sebagainya):
pameran ini dibuka kepada orang ramai dari pukul 9.00 pagi hingga pukul 9.00 malam;
~ hati menimbulkan perasaan ingin akan sesuatu;
~ langkah seribu lari meninggalkan sesuatu tempat (kerana takut dan sebagainya);
~ mata
a) meluaskan pandangan serta pengalaman dengan melawat tempat orang;
b) menyedarkan, menginsafkan;
~ mulut
a) bercakap, berkata-kata, mengeluarkan kata-kata;
b) mengadukan hal kepada seseorang yang difikirkan boleh memberi bantuan (mengambil tindakan sewajarnya dan sebagainya);
~ pintu ki memberikan peluang (kesempatan), tidak menyekat;
~ telinga mendengar baik-baik;

membukai
1. membuka untuk:
tidak dibukai pintu untuk ia masuk;

2. membuka banyak kali:
~ segala beg untuk pemeriksaan kastam;

membukakan
1. membuka:
~ mata;

2. membuka untuk:
dia ~ suaminya pintu dibukakan oleh isterinya dan ia pun masuk;

terbuka
1. tidak tertutup (bertutup), terdedah;

2. terlepas, terurai, tertetas (ikatan, jahitan, dan sebagainya);

3. terkembang, terbentang (layar, payung, dan sebagainya);

4. terluang, ada (peluang pekerjaan dan sebagainya), tersedia:
peluang pekerjaan ~ luas kepada anak-anak muda di kawasan perusahaan luar bandar;

5. telah dilihat (diketahui) orang (rahsia dan sebagainya), terdedah, terbongkar:
rahsianya telah ~;

6. tidak terhad (tersekat) kepada orang tertentu sahaja;
rapat ~ rapat yang boleh dihadiri oleh setiap orang;
rumah ~ rumah yang dapat dikunjungi oleh semua orang (biasanya pada hari-hari perayaan tertentu seperti Hari Raya Aidil Fitri dan sebagainya);
surat ~ surat kepada orang tertentu tetapi dihantar untuk disiarkan dalam akhbar (sebagai menyatakan bantahan dan sebagainya);
~ kepada dibenarkan (boleh) disertai oleh (orang yang dinyatakan dan sebagainya);

7. secara terang-terangan, tidak secara rahsia, tidak tersembunyi;
perang ~ perang secara terang-terangan (bukan perang gerila dan sebagainya);

8. terus terang (sikap, kelakuan);

9. senang dan lega (fikiran, hati, dan sebagainya), lapang:
fikiran yang ~;
10. luas:
pandangan yang ~;
laut ~
laut yang luas;

11. mudah menerima (pengaruh luar dan sebagainya), terdedah:
masyarakat di pinggir bandar lebih ~ kepada pengaruh kemajuan di bandar;

12. timbul keinginan untuk melakukan sesuatu (seperti makan dan sebagainya):
~ nafsu (selera);
~ di hati
terasa (timbul, terlintas) dalam hati (sanubari);
~ rezeki, mudah mendapat rezeki, murah rezeki;
dengan tangan ~
a) dengan murah hati;
b) dengan senang hati, dengan rasa gembira;

keterbukaan perihal terbuka (hati), sikap berterus terang, perihal atau sikap sedia melayani atau menunjukkan minat kepada apa sahaja pengaruh (unsur, ransangan, dan lain-lain);

bukaan (Fizik) lubang (biasanya bulat) pada kamera (teropong kembar dan sebagainya) yang mengawal banyaknya cahaya yang masuk;

perbukaan makanan dan minuman yang disajikan untuk berbuka puasa;

pembukaan perihal atau perbuatan membuka, permulaan;

pembuka
1. orang yang membuka;

2. alat untuk membuka (sesuatu):
~ botol;
~ surat;

3. awal, permulaan:
~ kata;
~ jalan

a) perintis, pelopor;
b) sesuatu yang memberikan atau mengadakan peluang (kesempatan);
~ jalan fikiran sesuatu yang menimbulkan kesedaran:
petunjuk Allah adalah ~ jalan fikiran dan penyuluh hidup yang sebenar; ~ langkah sesuatu yang memulakan (kegiatan dan lain-lain);
~ mata sesuatu yang menyedarkan orang atau pihak yang tertentu daripada kesilapan, kekurangan atau sesuatu yang tidak diketahui sebelum ini:
kebangkitan pemain senior yang menyerlah dalam beberapa kejohanan besar menjadi ~ mata masyarakat tempatan dan antarabangsa; ~ pintu sesuatu yang memberi kesempatan kepada, sesuatu yang merintis jalan kepada;
~ selera makanan yang boleh mendatangkan selera.

berkongsi