berbawaan berbandingan (dengan), berpadanan (dengan), sesuai dengan:
warna kain samping ~ dengan warna bajunya;
membawa
1. mengangkat sesuatu sambil bergerak ke suatu tempat lain, mengangkut, memikul, mendukung, menjunjung:
pakaian yang dibawanya hanya yang lekat di badan;
2. memimpin (mengiringi dan sebagainya) seseorang lain pergi ke sesuatu tempat:
~ anak ke sekolah;
3. mendatangkan, mengakibatkan, menyebabkan:
masa tiga tahun belumlah ~ perubahan sebanyak itu;
buangkanlah apa yang ada pada kita yang ~ kepada rosaknya agama Islam;
kereta api yang ~ maut;
4. melibatkan, memasukkan (dalam sesuatu perkara):
janganlah dibawa-bawa orang tua saya dalam perkara ini;
5. hingga, sampai:
pakaian itu berharga antara lima puluh ~ ke tujuh puluh ringgit;
dari petang ~ ke malam hari, tak putus-putus orang datang melawat;
6. [bahasa percakapan] memandu kenderaan.~ adat = ~ bulan haid, datang bulan;
~ alamat memberi alamat, menandakan;
~ aturan sendiri [bahasa percakapan] menurut kesukaan sendiri;
~ berat mengandung, hamil;
~ diri
a) mengembara, melarikan diri;
b) menyesuaikan diri (dengan keadaan):
ia dapat ~ diri di mana-mana;
c) mengakibatkan, menyebabkan:
pemilihan pengerusi tidak ~ perubahan apa pun dalam parti; ~ duduk menjemput duduk;
~ gelak mengakibatkan orang tertawa;
~ halnya mengembara mencari penghidupan;
~ hati
a) mencurahkan isi hati;
b) = ~ masuk hati menjadikan kecil hati;
c) berasa kecewa (kerana kegagalan cinta dan lain-lain), merajuk;
~ hidup merantau mencari penghidupan;
~ iman beriman kepada Allah dengan memeluk agama Islam;
~ ke air membawa anak mandi;
~ kacau mengakibatkan kacau;
~ kakinya pergi tidak tentu hala;
~ lari melarikan;
~ makna mengandungi sesuatu maksud;
~ malu memalukan;
~ mati
a) menyebabkan mati;
b) membawa sampai ke kubur;
~ mulut
a) datang hanya untuk bercakap-cakap dan makan-makan;
b) menceritakan hal seseorang kepada orang lain;
~ nasib pergi mencari penghidupan;
~ nyawa menyelamatkan diri;
~ perut datang untuk makan sahaja;
~ salah salah faham (mengerti);
~ singgah menyilakan singgah;
~ soal mengemukakan soal;
~ tempurung meminta sedekah;
~ untung
a) mendatangkan untung;
b) pergi mencari penghidupan;
dibawa arus hanyut;
dibawa ke muka pengadilan dihadapkan ke mahkamah untuk perbicaraan;
dibawa ke tengah dikemukakan kepada pihak-pihak tertentu yang boleh mengambil tindakan ke atas sesuatu yang dikemukakan itu;
membawakan
1. membawa untuk seseorang:
Salina ~ anaknya kopi dan roti;
2. menyampaikan, membaca, menyanyikan:
dua tiga orang daripada mereka ~ lagu Arya Mala;
terbawa
1. (tidak sengaja) membawa atau dibawa:
fail lain pula yang ~ ke bilik mesyuarat;
2. = ~ masuk = terbawa-bawa terlibat, tersangkut:
jangan-jangan saya pun ~ dalam perkara ini;
3. sanggup dibawa:
saya tak ~ bungkusan seberat ini;
4. = terbawa-bawa terpengaruh, kena pengaruh:
mereka khuatir kalau-kalau anak gadis mereka yang hampir baligh ~ oleh suasana yang tidak keruan;
penterjemah harus berhati-hati supaya ia tidak terpengaruh dan ~ oleh cara-cara penyusunan kalimat bahasa asing;
bawaan
1. benda yang dibawa:
sekali ia masuk, kira-kira ~ dua tiga orang diangkutnya keluar;
masing-masing meletakkan ~nya;
2. harta benda yang dibawa pada masa kahwin:
~ isteri tetap tinggal hak milik isteri;
3. buah tangan:
setiap kali dia datang ada saja ~nya;
4. pengaruh, akibat:
mudahnya hancur perkahwinan ialah kerana ~ masa;
5. = pembawaan;
6. yang dibawa oleh:
beberapa jenis penyakit ~ air dan udara;
kulat patogen ~ tanah;
pembawaan
1. = bawaan sifat semula jadi:
susah hendak mengubah ~ semula jadi;
2. perihal membawa:
~ barang-barang itu dilakukan pada malam hari;
berpembawaan mempunyai sesuatu sifat semula jadi;
pembawa
1. orang yang membawa (mengangkat dan sebagainya) sesuatu;
~ berita = ~ khabar orang yang membawa khabar;
~ suara juruacara, jurubicara;
se~ kakinya ke mana dibawa kakinya, ke mana sahaja;
2. orang yang mendatangkan sesuatu atau yang menyebabkan berlakunya (timbulnya dan sebagainya) sesuatu:
ia menganggap Hamzah Fansuri sebagai ~ kemodenan kerana ia membawa pemikiran yang rasional;
~-~ peradaban India;
3. [Negeri Sembilan] barang yang dibawa oleh suami semasa kahwin dan berhak diambil kembali apabila bercerai:
cari bagi, dapatan tinggal, ~ kembali;
4. orang dan lain-lain yang menyebarkan sesuatu (seperti penyakit, kuman, dan sebagainya):
~ kuman taun.